Selasa, 18 Disember 2012

Part 19: Setulus Kasih



Tidurlah duhai mata janganlah terkebil-kebil...

Matanya enggan terpejam lena. Terkebil-kebil merenung syiling rumah yang kelabu asap. Masih mengekal corak-corak tradisional dihujung dinding. Halus dan cantik hasil tangan orang dahulu kala. Lampu neon berwarna kuning dibiarkan menyala kecil di sudut ruang tamu. Bunyi-bunyi cengkerik berkumandang di luar. Manakala laungan burung hantu sesekali memecah kesunyian. Jarang dapat mendengar kerancakan suasana di waktu malam terutamanya di bandar. Suasana di kampung aman dan damai. Dia mencapai handphone dan termenung sejenak sambil mengerengkan badan ke kiri untuk mengelak daripada Danial yang sedang tidur lena disebelah kanannya. Tangannya menekan butang mesej. Hatinya tidak akan berasa tenang selagi Nurul Balqish tidak bercakap dengannya. Melihat  wajah selamba Nurul Balqish seolah-olah dia tidak dikenali, hatinya sedikit terusik diperlakukan begitu. Butang mesej ditekan lagi. Dia masih tidak berputus asa. Tidak lama kemudian kedengaran mesej dibalas. Dia bingkas bangun sambil tersenyum. Lalu bergegas ke ruang tamu bersebelahan lampu neon yang terpasang.
Tak boleh tidur??!!
Kenapa tak tidur lagi?’ mesej dibalas ringkas.
Tak boleh tidur sebab terlalu rindu.’ Tidak berbalas. Dia menaip lagi.
Kenapa senyap? Janganlah marah. Orang rindu pun nak marah. Esok Fiq dah nak balik. Tolonglah jangan macam ni. We need to talk. Please....’ Rayunya. Tidak lama kemudian mesejnya berbalas.
Tak ada apa-apa yang perlu dibincangkan lagi. Full stop.’ Tegasnya. Wajahnya berubah kerana bengang dengan jawaban yang diberi.
Okey. Tak mengapa. Apabila segala masalah dah selesai nanti, Fiq akan hantar rombongan ke sini. Itu janji yang akan Fiq kotakan.’ Balasnya lagi. Nekad hatinya.
Jangan membuang masa. Cari saja orang lain yang lebih baik dan layak. Jangan pedulikan kita. Kita tak layak untuk awak. Kita tidak mampu berikan awak kebahagiaan. Tolong pergi dari hidup Qish. Kenapa tak faham-faham??!! ’ Mesej itu membuatkan dia faham keraguan serta ketakutan yang melanda dalam diri Nurul Balqish. Kelemahannya adalah penyakit yang dihidapinya. Kekuatannya adalah semangat juangnya yang jitu yang enggan menyerah kalah pada takdir. Mengalah dan mengorbankan diri sendiri adalah sesuatu yang menyakitkan.
Siapa kita untuk menentukan tidak layak, tidak baik atau tidak boleh bahagia. Qada’ dan qadar telah ditentukan oleh Allah. Perjalanan hidup kita telah ditetapkan. Fiq sentiasa berdoa dan bermunajat, memohon petunjuk daripadaNya. Allah telah menunjukkan siapa yang layak dan siapa yang tidak layak untuk dijadikan isteri. Dengan hati yang tulus Fiq benar-benar ingin memperisterikan Balqish. Fiq ingin membahagiakan Balqish. Fiq bersedia menghadapi segala ujian dan rintangan. Tolong beri Fiq peluang untuk membuktikan yang Fiq benar-benar ikhlas. ’ Butang mesej ditekan lagi. Dia berharap penjelasan itu dapat melembutkan hati Nurul Balqish dan sesungguhnya dia benar-benar ikhlas.
Hmmm... carilah yang lebih baik.
Dia memandang ke lelangit dinding bilik Nurul Balqish. Gelap dan sunyi. Tiada balasan mesej. Dek kerana terlalu mengantuk dia terlena di atas kusyen panjang tanpa disedari. Mesejnya tidak berbalas sehingga ke pagi. Bunyi ayam berkokok bersahut-sahutan kedengaran menyebabkan dia terjaga. Mulutnya ternganga menguap lalu ditutup dengan tangan. Handphone masih ditangan. Dia membuka mesej. Tiada balasan. Matanya memandang hampa ke bilik itu.
Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Belum azan lagi. Dia bingkas bangun menuju ke dapur. Dia menyangka tiada orang. Rupa-rupanya Nurul Balqish terbangun lebih awal daripada orang lain. Dia merapatkan diri perlahan-lahan daripada belakang. Nurul Balqish leka meneguk air suam tanpa menyedari kehadiran Amirul Shafiq. Tidak semena-mena Nurul Balqish tersedak. Dia berpaling ke belakang dan terperanjat melihat kelibat Amirul Shafiq berdiri sambil merenung matanya. Masing-masing kelu untuk berkata-kata. Kelembutan wajahnya telah lama menawan hati Amirul Shafiq. Dia masih ingat wajah itu pernah membulat seperti buah pear ketika dia sakit dahulu dan cuba dilindungi oleh kerudung yang menutupi separuh wajahnya. Betapa pedih penderitaannya dan segala impiannya musnah berkecai. Rasa resah dan rendah diri yang keterlaluan. Suara hatinya berbisik sepi.
Benar kata pepatah berkawan biar beribu berkasih biar satu. Kasih itu masih utuh dan tiada berganti. Dia mencari dan berusaha mencari tetapi tiada yang berkenan dihati. Mungkin belum sampai seru sehingga dia menemui Nurul Balqish semula. Hatinya mula berkembang mekar dan berlagu riang. Badai yang melanda telah tenang semula. Lega kerana niatnya akan diteruskan tanpa halangan. Nurul Balqish cuba menjarakkan diri ke tepi.
Degupan semakin laju.... kenapa??
“Balqish….,” suara itu kedengaran samar-samar. Berdetak laju degup jantungnya. Dia teringat mesej terakhir yang tidak dijawab. Tidak tahu untuk menetapkan jawaban yang bagaimana. Kekurangan diri dan rasa rendah diri masih menghantui.
“Err… Boleh ambilkan Fiq air suam. Haus pula tekak ni,” ujarnya dengan nada perlahan. Kelam-kabut Nurul Balqish mengambil gelas. Air dituang hingga tertumpah. Gugup tiba-tiba. Dia mengheret gelas berisi air ke sisi Amirul Shafiq tanpa sepatah perkataan. Amirul Shafiq memerhatikan dengan sorotan matanya. Dia menggeleng-geleng sambil tersenyum. Macam baru bercinta pula. Dia menghela nafas panjang lalu menghirup perlahan.
“Sedap. Nak lagi, boleh?” Nurul Balqish mengerut dahi. Air suam pun sedap, bisik hatinya lalu menghulurkan gelas dengan sekilas pandang. Malu pula rasanya ditenung begitu. Mulutnya masih berat untuk berbicara. Seperti ada emas berharga tersekat dikerongkongnya. Isyarat mata sudah memadai. Bisunya membuatkan Amirul Shafiq bertambah geram lalu bersuara tegas.
“Rombongan meminang masuk minggu depan. Tak mahu tunang lama-lama. Sebulan cukup. Lepas tu nikah dan kahwin. Fiq tidak mahu tangguh-tangguh lagi. Rugi masa dan tenaga,” Amirul Shafiq berkira-kira sambil menghitung dengan jarinya kemudian merenung wajah ayu itu sedalam-dalamnya. Nafas Nurul Balqish seperti tersekat mendengar kata-kata itu lalu termenung sejenak kemudian membalas renungan mata Amirul Shafiq. Gemuruh dan juga gementar bercampur-baur. Sungguh-sungguh ke dia ni? Geruh hatinya. Memang dia bersungguh-sungguh.
Kedengaran azan subuh berkumandang dari masjid berhampiran menyentak lamunan  pasangan itu. Nurul Balqish berpaling ke arah lain kemudian meluru ke bilik air. Pintu ditutup rapat. Degup jantungnya semakin menyesakkan nafas yang berhembus keluar. Mulutnya terkatup rapat. Tergesa-gesa sehingga lampu bilik air pun dia lupa untuk hidupkan.  Amirul Shafiq mendekati pintu itu sambil mencuri dengar. Senyap. Sambil mengetuk pintu dia bersuara," Fiq bukakan lampu. Tak elok bergelap. Bahaya." 
         Tersentak Nurul Balqish dibuatnya. Amirul Shafiq memetik suis lalu duduk di meja makan. Selang beberapa minit kemudian bilik air masih lagi sunyi. Tidak kedengaran bunyi air paip mahupun kocakan air. Amirul Shafiq berpaling dan berasa bimbang. Senyap dari tadi. Entah-entah pengsan. Dia meluru ke pintu bilik air. 
        "Qish!! Qish!! Qish tak apa-apa??" ujar Amirul Shafiq. Dia mulai risau panggilannya tidak disahut. Belum sempat dia mengetuk pintu bilik air terkuak perlahan. 
            "Qish ok!! Tak ada apa-apa," soalnya cemas melihat keadaan Nurul Balqish yang pucat lesi. Rimas Nurul Balqish melihat gelagat Amirul Shafiq yang terlalu mengambil berat.
                 "Ishhh.... tak ada apa-apalah. Bising saja," jeling Nurul Balqish. 
            "Senyap saja dalam bilik air. Fiq ingatkan dah pengsan. Itupun nak marah," rungut Amirul Shafiq. 
            Nurul Balqish berlalu pergi. Bengang. Panas hati Amirul Shafiq. Asyik marah saja. Kenapa susah sangat nak senyum? Kalau dah jumpa asyik nak bertekak. Kalau jauh rindu pula. Nampak gayanya dia terpaksa bertindak cepat. Tak kira Nurul Balqish setuju ataupun tidak, niatnya akan diteruskan juga. 

......... hmmmm.... apa-apa pun kita berehat dulu.....

Percaya Padaku - ungu


Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

[*]
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

[**]
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu

Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Back to [*][**]

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu