Khamis, 29 November 2012

Part 18: Andai Takdirnya...




Senyuman itu keindahan yang paling bermakna. Dengan tersenyum hati merasa tenang dan tenteram. Senyuman merupakan penawar disebalik segala kedukaaan dimana ia terlakar indah diraut wajah. Senyumlah dalam apa jua keadaan setelah puas kedukaan merobek jiwa dan hidup akan lebih bermakna. Tapi yang pasti Allah sentiasa ada dekat dengan hambaNya. Jangan pernah hindarkan diri daripadaNya. Jangan pinggirkan diri daripada orang yang dikasihi. Walau mereka tidak mengerti keperitan penderitaan itu, tapi sekurang-kurangnya pada mereka jua tempat untuk membina semula semangat yang hilang. Tanpa panduan dan sokongan, diri sendiri tidak berupaya juga tidak mampu digagahi untuk berdiri. Sungguh kedukaan itu satu ujian yang mampu menggugat keimanan. Tapi tidak semua memahami hakikat yang sebenarnya adalah untuk menjadikan diri itu lebih kuat dan tabah.
Ketika fajar menyinsing, Danial bingkas bangun daripada tidur lalu membersihkan diri  dan berwuduk kemudian mengimami ibu serta adik-adiknya bersolat Subuh berjemaah. Setelah pemergian ayahnya, dia menjadi tunggak utama keluarga. Dia menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah. Ibunya sudah tidak punya sesiapa melainkan anak-anaknya. Tanggungjawab yang terpikul dibahunya adalah amanah Allah. Ya, amanah. Terasa gerun untuk mengucapkan perkataan itu. Adakah dirinya terdaya untuk memikul tanggungjawab itu? Hanya pada Allah tempat dia bermohon agar diberi petunjuk dan hidayahNya.
Lama dia duduk termenung di meja dapur seolah-olah ada sesuatu yang bermain difikirannya. Peristiwa yang berlaku di rumah Datuk Mansur masih segar dalam ingatan. Gara-gara Nurul Balqish pengsan, dia terperasan sesuatu sedang berlaku antara adiknya dengan Amirul Shafiq. Pandai mereka menyimpan rahsia. Sejak pulang ke kampung, dia menyedari Nurul Balqish lebih banyak mendiamkan diri dan bersendirian. Hati mana yang tidak risau melihat keadaan adiknya yang dahulu sakit, bangun pun berpapah dan tidak berdaya tapi kini boleh mengukir senyuman dan semakin sihat. Keadaan itu membuatkan dia runsing dan takut juga kalau-kalau sakitnya berulang kembali.
             Nurul Jannah sibuk menolong ibunya menyiapkan juadah pagi. Minuman kopi dan ubi getuk amat menyelerakan. Sedap dimakan selepas digoreng. Secangkir air kopi dihidangkan untuk Danial. Ibunya menyapanya daripada belakang.
“Kenduri arwah tu kita buat ala kadar sajalah. Kita panggil saudara-mara terdekat dan ahli masjid. Tak perlulah panggil Pak Long. Jauh pula dia nak datang. Ibu kalau boleh tak mahu menyusahkan sesiapa,” jelas Makcik Munirah sambil menatap wajah Danial. Anaknya termangu mendengar kata-kata ibunya.
“Tapi ada baiknya kita beritahu Pak Long dan nenek. Terpulanglah kalau mereka nak datang ataupun tidak. Yang penting mereka dah tahu tentang hajat kita nak buat kenduri,” cadang Danial sambil menghirup air kopi panas. Harumnya aroma hingga menusuk kalbu.
Makcik Munirah sekadar mengiyakan sahaja. Anak yang menjadi tunggak kebanggaan mereka sekeluarga. Tapi sampai sekarang dia masih membujang sejak bakal tunangnya mengalami kecelakaan jalan raya setahun yang lalu. Teman sekuliahnya semasa di Mesir dulu. Mereka merancang untuk bernikah sebaik sahaja mereka bertemu di tanah air selepas terpisah. Ternyata semua rencana ditentukan Tuhan. Hasratnya tidak kesampaian.
Tiba-tiba telefon rumah berdering. Danial bergegas mengangkat ganggang telefon. “Assalamualaikum…” ujarnya lembut.
“Waalaikumussalam... errr… ustaz Danial ke? Saya Amy kawan tempat kerja Nurul. Ustaz apa khabar? Makcik sihat?” jawab Amy sambil bertanyakan khabar. Danial tersenyum.
“Alhamdulillah. Semuanya sihat belaka. Amy apa khabar? Lama tak datang bertandang ke sini,” balas Danial.
“Saya sihat saja tapi bila terdengar suara ustaz bertambah-tambah sihat,” guraunya sambil terkekeh ketawa. Danial mengukir senyuman.
“Hmm… telefon ni semata-mata nak dengar suara saya ke atau ada hal lain?” tanya Danial cuba mengusik.
“Errr…2 in 1… Oppss, sorry… tersasul pula. Sebenarnya saya nak cakap dengan Nurul. Saya call handphone dia tak angkat. Dia sihat ke?” gurau Amy riang. Danial ketawa kecil mendengar usikannya.
“Alhamdulillah, sihat. Err… sekejap saya panggilkan,” jelas Danial lalu melangkah kaki ke bilik Nurul Balqish.
Ketukan pintu menyentak lamunan Nurul Balqish yang sedang leka menelek handphonenya. Ya, Allah. Banyaknya miss call. Terlena sungguh dia sehingga tidak perasan handphonenya berbunyi. Tapi no handphone siapa pula ni? Ada mesej. Tersentak lagi. Dari mana dia dapat nombor aku? Ya Tuhan. Bantulah hambaMu ini. Gagahilah aku untuk mengharungi segala ujian ini. Pintu bilik diketuk bertalu-talu. Nurul Balqish membuka perlahan sambil melihat kelibat Danial yang kehairanan.
“Nurul sakit ke? Nampak pucat muka,” tanya Danial kerisauan. Cepat-cepat dia menggelengkan kepala.
Ada panggilan daripada Amy. Handphone Nurul mana? Puas dia telefon tapi tak berangkat,” jelas Danial lagi. Nurul Balqish masih terpinga-pinga dan teragak-agak memberi jawaban.
“Err… ada tapi Nurul tak perasan berbunyi tadi,” jawabnya lambat. Fikirannya sedang kalut memikirkan sesuatu.
“Jangan lupa jemput Amy untuk datang kenduri doa selamat minggu depan. Itupun kalau dia berkesempatan,” celahnya lagi sambil memerhatikan Nurul Balqish berlalu. Risau hatinya memikirkan adik kandungnya yang satu ini. 

-&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&-

Deruan yang mengganas...
Bagai badai menghempas ke pantai berubah menjadi tsunami yang sungguh menggerunkan meranapkan keindahan dengan deruan air yang ganas. Manakala angin yang sepoi-sepoi menyapa lembut pada kulit wajah beralih menjadi ribut taufan yang berpusaran serta berterbangan merobek segenap gelodak hati yang sedang panas membara. Padanlah hatinya berbelah-bahagi sebelum tiba ke bumi asing ini. Sesungguhnya Tuhan ingin memberitahu sesuatu padanya. Syukur alhamdulillah, sesungguhnya munajatnya sebelum ini dimakbulkan dan dipermudahkan. Hatinya beransur lega. Setidak-tidaknya keputusan yang akan diambilnya nanti tidak akan memeranjatkan seluruh keluarganya. Tidak semena-mena wajah kesayangannya muncul diruang mata. Terpendam rasa kerinduan yang teramat sangat. Kasihnya masih jitu. Terngiang-ngiang lagi dalam fikirannya.
Ribut bertukar taufan hurican....
“Kenapa tak minta sendiri dengan dia? Mak Ngah tak mahu masuk campurlah urusan kamu berdua ni. Kamukan sudah bertunang. Nanti apa pula kata ayah kamu,” rungut Makcik Munirah. Raut wajahnya bertukar sayu. Renungannya penuh dengan harapan yang menggunung tinggi.
“Mak ngah tak sayang Fiq ke? Mak ngah tolonglah. Fiq dah minta kat dia tapi dia tak bagi,” rayunya dengan penuh harapan. Kedengaran keluhan yang berat dari mulut orang tua itu. Lama dia merenung wajahnya. Entah apa yang difikirkan. Tapi akhirnya Makcik Munirah mengalah jua. Walaupun dia telah dapat apa yang dia mahukan tapi tiada jawaban mahupun balasan pesanan ringkas.  Geram. Sakit hati.
Kepulangannya dari New York selama hampir seminggu di bumi asing disambut dengan penuh tanda tanya. Panggilan telefon tempoh hari meresahkan hati Datin Zainab. Kenapa pula begini jadinya? Entah apa yang merasuk hati anak bujangnya sehingga segala-galanya tidak menjadi mengikut perancangan. Agaknya apa yang berlaku di sana sehingga terkeluar kata-kata yang sungguh tidak menyenangkan hatinya. Dia tidak berani untuk memberitahu suaminya tentang perkara itu.
I saw her, ummi. I follow her and one guy was waiting her at the lobby hotel. I was shocked and I wonder what was she doing in New York?” dia cuba menerangkan keadaan sebenar pada Datin Zainab. Datin Zainab ternganga mendengar dan sukar untuk menerima kenyataan.
“Ini bukan fitnah, ummi. Sebab itu Amir jumpa dan bersemuka dengan dia.  Face to face. I’m not going to tell ummi what she was doing. I can’t and this is the end. Amir bukan lelaki dayus,” suaranya terhenti disitu. Dia tidak berdaya untuk menerangkan dengan lebih lanjut lagi. Biarlah tindakannya menjadi tanda tanya. 

-%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%-

Gegaran telefon melenyapkan suasana sunyi di ruang kamar tidur. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak setelah tertidur awal selepas makan malam. Berbunyi lagi telefon bimbitnya. Siapa lagi yang telefon malam-malam ni? Tak tahu ke orang dah tidur, rungutnya sambil mencapai telefon bimbitnya. Hmmm… nombor ini lagi. Tiap-tiap hari dia menerima panggilan tapi dibiarkan saja nombor itu tanpa berangkat. Adakalanya dimatikan terus. Dia dapat mengagak siapa gerangan empunya nombor itu. Bunyi mesej kedengaran.
"Selamat malam dan salam rindu. Walaupun ke mana pun Qish lari, Fiq akan cari. Esok Fiq datang dengan membawa rombongan meminang sekali. Kita jumpa esok. Salam sayang. I love you.” 
            Termangu seketika. Gila. Hatinya mulai resah. Bagaimana kalau betul-betul dia masuk meminang? Hish... tak mungkin. Dia ni sengaja mencari panyakit. Tiba-tiba kedengaran suara Amy menggeliat lalu bersuara perlahan.
Tak baik termenung...
“Kau tak tidur lagi ke Nurul? Hari dah jauh malam ni. Esok kita ada banyak kerja nak buat. Cepatlah tidur,” celahnya dengan mata terpejam. Nurul Balqish tersenyum melihat gelagat Amy seolah-olah sedang bercakap dalam mimpi. Sudah tentu esok Amy akan lebih terkejut dengan kehadiran Amirul Shafiq. Satu hal lagi kena cerita pada dia. Hish… naik pecah kepala otak.
Pagi-pagi lagi Makcik Munirah sibuk didapur menguruskan barang-barang yang perlu dibeli untuk kenduri malam ini. Danial telah bersiap untuk ke pasar. Amy sengaja menyibukkan diri. Entah kenapa hatinya terpanggil untuk bangun awal pagi ini. Nurul Balqish masih lagi di biliknya.
“Kak Jannah, ada apa-apa yang perlu Amy bantu?” tanya Amy. Nurul Jannah mencuri pandang Danial yang sibuk berkira-kira dengan ibunya lalu tersenyum.
“Tak payah susah-susahlah, Amy. Kamu tetamu di rumah ini. Jadi apa yang perlu Amy buat hanya duduk di sini sambil bersarapan. Boleh?” ujar Nurul Jannah sambil membawa Amy ke meja makan. Kebetulan Nurul Balqish tengah turun untuk bersarapan di dapur.
“Nurul temankan Amy bersarapan. Akak nak ke dapur sekejap,” tambahnya apabila melihat kelibat Nurul Balqish. Nurul Balqish mengangguk sambil melabuhkan punggung duduk di sebelah Amy.
“Rajin pula anak dara ni. Hmm… kita sarapan dulu lepas tu kita kemaskan ruang atas. Bahagian dapur kita tak perlu tolong sebab ibu dah panggil jiran tetangga berdekatan. Jadi tugas kau temankan aku,” jelas Nurul Balqish sambil menghirup air milo panas kegemarannya.
“Baiklah tuan puteri. Hamba menurut perintah,” gurau Amy sambil mencuit pipinya yang mongel. Nurul Balqish mengaduh. Merah pipinya akibat cubitan.
“Aku tahu tujuan kau ke dapur. Kau sengaja nak tengok abang aku, kan??! Mengaku sajalah,” balas Nurul Balqish sambil ketawa. Amy membeliakkan matanya.
“Hei, mana ada!!! Kau jangan nak memandai-mandai,” tempelaknya sambil menepuk bahu Nurul Balqish bertubi-tubi. Nurul Balqish tidak dapat menahan ketawa apabila melihat air muka Amy berubah merah kerana menahan malu. Riuh-rendah seketika suasana sehingga kedengaran hingga keluar jendela. Danial terpanggil untuk melihat keadaan mereka berdua lalu ke ruang makan.
“Apa yang riuh sangat tu sampai keluar dengarnya?” celah Danial tiba-tiba. Nurul Balqish dan Amy terdiam.
“Tak ada apa-apalah, bang. Nurul saja mengusik Amy ni,” sahut Nurul Balqish sambil menjeling pada Amy. Amy mencubit pahanya tapi dapat ditepis.
“Kamu berdua nak ikut abang ke pasar?” pelawa Danial. Nurul Balqish dan Amy berpandangan.
“Err… boleh juga,” angguknya tanda setuju. Amy menurut saja.

            -##################################################-

            Orang kampung menggelarkan pasar di sini sebagai Pasar Payang Pagi. Terlalu ramai orang membeli barangan basah di awal pagi. Mungkin kerana harga yang berpatutan dan murah menyebabkan pasar itu menjadi pilihan. Danial berjalan perlahan dicelah-celah orang ramai dan adakalanya berselisih bahu antara satu sama lain. Nurul Balqish dan Amy mulai rasa rimas dengan hiruk-pikuk yang berserabut di dalam pasar. Danial berhenti di sebuah kedai yang menjual kitab-kitab agama di situ lalu membelek sebuah buku tahlil dan yassin.
            “Assalamualaikum ustaz. Lama tak nampak?” tanya Pak Mat pemilik kedai itu. Danial tersenyum sambil menyahut salamnya.
            “Bungkuskan 100 keping buku ni Pak Mat. Saya nak buat sedekah untuk kenduri tahlil arwah ayah malam ni. Jemput ke rumah lepas Isyak,” balas Danial.
            “Insya Allah. Kalau tak ada aral Pak Mat datang,” jawab Pak Mat. Danial terpegun melihat tudung yang bergantungan di kedai Pak Mat. Cantik dan lembut. Dia mencapai selendang Pashmina dan dibelek-belek. Nurul Balqish berasa pelik. Kenapa tiba-tiba abang berminat dengan tudung ni?
Cantik kalau dipakai.
               “Cantik tak tudung ni?” Danial menghala tudung itu pada Nurul Balqish.
            “Cantik. Warnanya pun lembut,” sahut Nurul Balqish sambil memandang Amy. Danial memilih empat selendang pelbagai warna lalu diserahkan pada Pak Mat. Setelah membuat pembayaran Danial meneruskan hajatnya ke kedai yang lain pula. Sambil berjalan dia menyerah bungkusan ke pada Amy.
            “Ini untuk Amy. Dan yang ini untuk Nurul, Kak Jannah dan ibu,” ujar Danial sambil menyerahkan bungkusan tudung pada Amy. Amy terpegun dan terkaku memandangkan hanya dia sahaja yang tidak bertudung di situ. Hatinya terasa malu pula. Nurul Balqish mencuit lengannya.
Malunye....
            “Terima kasih, abang. Ehh… ustaz,” tersasul pula mulutnya. Dia tersengih-sengih memandang Danial. Danial mengukir senyuman sambil melangkah keluar dari kedai. Aduh… terasa cair hatinya melihat senyuman yang setampan orangnya. Sejuk rasa hati. Tergugat iman dibuatnya. Hish… kenapa dengan aku ni. Perasan tak habis-habis. Hmm… siapalah aku berbanding dia, resah hatinya. 

            -&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&-

            Cuaca sungguh baik pagi ini dan jalan raya pula masih lengang. Danial meluncur laju memandu pulang ke rumah setelah mendapat panggilan daripada ibunya.
“Pak Long sekeluarga dah sampai. Kita kena balik sekarang,” tegas Danial.
Tiba-tiba Nurul Balqish resah dan tidak keruan. Amy membatu seribu bahasa melayan perasaan. Senyap seketika. Tidak lama kemudian kereta yang dipandu membelok ke kanan menuju ke selekoh rumahnya. Sebuah kereta Mecedes silver dan sebuah kereta Honda hitam kelihatan di kawasan hadapan rumahnya. Danial terus memandu dan meletakkan kereta berhampiran pintu dapur. Saudara-mara dan jiran tetangga sedang bersarapan pagi sambil menunggu barang-barang keperluan kenduri yang dibelinya tadi.
“Assalamualaikum, bang Danial. Apa khabar?”  Danial keluar daripada kereta dan berpaling ke belakang sambil tersenyum membalas salam dan berpelukan mesra.
"Mamat ni lagi?" - Amy.
“Waalaikumussalam warahmatullah. Sampai juga akhirnya. Ingatkan tak dapat datang. Buat apa ke belakang ni? Hish… Jom, naik ke rumah. Kita minum dan makan dulu,” ujar Danial sambil mengajak tetamunya naik ke rumah.
“Tak apalah, bang. Sekejap lagi saya naiklah. Saya nak ambil udara nyaman kat luar sekejap. Lenguh kaki sebab dah lama tak memandu jauh,” sahutnya sambil mencuri pandang ke dalam kereta.
            Amy mencuit bahu Nurul Balqish yang diam membatu sejak tadi. Berat hatinya untuk melangkah keluar.
            “Itu bukan Amirul Shafiq ke? Client kita kat KK tu kan? Apa dia buat kat sini?” soal Amy bertalu-talu. Nurul Balqish masih membisu.
            “Oii… aku tanya ni. Kenapa tak jawab? Sampai ke sini dia cari kau,” bebel Amy lagi. Nurul Balqish berpaling.
            “Dia anak pak long aku. Kami baru tahu yang ibu ada seorang abang kandung yang telah lama terpisah dan baru berjumpa pada akhir ramadhan lalu ketika abang Danial ke KK,” jelas Nurul Balqish. Amy terkejut.
            “Ya Allah. Betapa hebatnya kuasa Tuhan. Sejauh mana pun kau bersembunyi, kalau dah jodoh takkan ke mana,” ujar Amy riang.
Tiba-tiba pintu cermin diketuk dari luar. Kelibat Amirul Shafiq di pintu kereta sambil menunduk memandang Nurul Balqish. Tersentak dibuatnya. Nurul Balqish menelan air liur. Berdetap kencang jantungnya. Dia membuka pintu kereta sambil merenung Amirul Shafiq.
“Hai… takkan nak duduk dalam kereta. Tak suka Fiq datang ke?” gurau Amirul Shafiq. Amy segera keluar lalu memperkenalkan diri.
“Saya, Amy. Kawan sekerja Nurul,” Amy bersuara. Amirul Shafiq terpinga-pinga memandang Amy kemudian berpaling kepada Nurul Balqish.
“Err… saya dah ingat. Awak yang gantikan tempat kerja Nurul Balqish tu. Macam mana awak boleh berada di sini?” tegur Amirul Shafiq.
“Saya pun dijemput. Jom, Nurul kita masuk ke rumah. Mesti banyak kerja yang nak dibuat. Encik Amirul mahu ambil angin diluar dulu. Kalau dah rasa kembong makan angin, silalah masuk ke rumah,” jawab Amy sambil menarik tangan Nurul Balqish. Mereka berdua berlalu meninggalkan Amirul Shafiq di situ.
Terkekeh-kekeh Amy ketawa sejurus masuk ke ruang makan. Nurul Balqish menepis bahu Amy seraya berkata,” Tak baiklah buat macam tu.”
Terkaku merenung...
“Apa pula!! Yang kau terkulat-kulat diam kenapa? Tak boleh nak cakap. Lidah kelu. Bisu,” Amy menggeleng-gelengkan kepala. Nurul Balqish mencubit lengannya tapi dapat ditepis.
“Kau dah tak boleh lari ke mana. Dan sekarang pula ada pertalian darah. Memang tak boleh mengelak,” bebel Amy lagi. Nurul Balqish menarik kerusi lalu duduk sambil menongkat dagu.
“Aku dah penat melarikan diri, Amy. Aku rasa aku tak mampu mengelak lagi. Entahlah… biarlah. Aku dah malas,” keluhnya sambil menerkup muka.
Patutkah dia gembira? Sedih? Kemelut di muara kasih semakin menusuk ke jiwa. Semakin hari dipendam, semakin derita. Semakin sengsara. Air mata sudah kering kontang dek gerhana yang terik. Teduhnya apabila awan bertandang seketika dan berlalu pergi. 

%%%%%%%%%%###################%%%%%%%%%%%%

Gedegang…. Bunyi apa pula tu. Kebetulan seluruh ahli keluarga sedang bersantai duduk di ruang tamu setelah majlis tahlil berakhir. Masing-masing berpandangan. Makcik Munirah dan nenek terkedek-kedek berjalan ke tingkap dapur meninjau keluar untuk mengetahui apa yang berlaku.Tidak lama selepas itu kelihatan Danial sedang memapah Amirul Shafiq yang sedang terdengkot-dengkot berjalan melangkah ke pintu dapur.
“Ya, Allah. Mak Ngah dah cakap tak payah buat kerja mengangkat periuk belanga tu. Berat. Tengok apa dah jadi,” bentak Makcik Munirah. Nenek ketawa melihat cucu kesayangannya ditimpa kemalangan.
“Orang tak pernah buat kerja berat, Ngah. Kerjanya mengarah orang saja di pejabat,” perli nenek sambil melihat kakinya yang membengkak dihempap kawah besar. Nasib baik tidak patah. Nurul Jannnah membawa kotak First Aid lalu dihulurkan pada Danial. Setelah disapukan minyak gamat kakinya dibalut dengan kain pembalut.
Amirul Shafiq tersipu-sipu malu. Dia cuba mencuri-curi pandangan kalau-kalau ada kelibat orang yang ingin dicari. Tapi hampa belaka. Batang hidung pun tidak nampak. Puas dia menanti dan berharap dapat berbual-bual dengannya. Nurul Balqish sengaja melarikan diri daripadanya dengan menyibukkan diri membuat kerja-kerja di dapur. Pantang nampak kelibatnya di dapur, dia lari ke ruang hadapan. Hish… dia menggertap bibir. Dia menghampiri Makcik Munirah yang sedang berseorangan menyusun pinggan di dapur.
“Mak ngah ada nampak Balqish? Lepas tahlil tadi Fiq tak nampak pun kelibat dia,” tegurnya sehingga terkejut Makcik Munirah sambil beristighfar memandang Amirul Shafiq.
Halia - mengurangkan bengkak.
“Ibu… Ini saja yang tinggal. Ibu nak buat apa halia dan asam jawa ni?” tiba-tiba kedengaran sayup suara daripada luar. Nurul Balqish muncul disebalik pintu dapur bersama halia dan asam jawa ditangan. Amirul Shafiq tercegat disisi Makcik Munirah sambil mengukir senyuman. Matanya merenung tajam. 
“Pergi tumbuk halia tu kemudian gaul dengan asam jawa. Ibu nak puputkan pada kaki orang yang bengkak tu. Apa lagi tercegat di situ. Cepatlah buat,” teriak Makcik Munirah pada anaknya.
Nurul Balqish menjeling sambil merungut di dalam hati. Belum tidur lagi rupanya. Bengkak sikit saja pun. Itupun mengada-ngada. Amirul Shafiq memerhati dengan lirikan matanya.
“Mak ngah dah tahukan saya dah putus tunang dengan Tengku Sofiya?” soal Amirul Shafiq sambil menjeling pada Nurul Balqish untuk melihat reaksinya.
“Tahu. Ayah kamu cerita petang tadi. Kenapa boleh jadi begitu? Malu keluarga kita,” rungut Makcik Munirah.
“Tuhan mahu tunjukkan pada Fiq siapa sebenarnya dia, Mak Ngah. Kalau tidak Fiq tak tahu pun,” jelas Amirul Shafiq.
“Betul ke Shafiq? Atau kamu sengaja mencari alasan untuk putus,” duga makcik Munirah.
“Demi Allah, mak ngah. Fiq tak bohong. Buat apalah Fiq nak malukan keluarga. Mereka tu daripada keturunan kerabat. Bukan orang sembarangan. Tapi kalau dah bukan jodoh nak buat macam mana. Mungkin jodoh Fiq ada di sini,” dia menjeling pada Nurul Balqish yang sejak tadi masih membisu dan sengaja menumbuk kuat-kuat batu lesung.
Masih tiada respon. Bunyi lesung batu berhenti kemudian dia mengorek halia lalu dimasukkan dalam mangkuk serta digaulkan bersama asam jawa. Setelah sebati Nurul Balqish menyerahkan pada ibunya. Dia terus berlalu tanpa memandang Amirul Shafiq.
“Eh, nak ke mana tu? Letakkan halia ini pada kaki Shafiq yang bengkak tu. Fiq pergi duduk sana,” arah Makcik Munirah yang sedang sibuk mengemas. Nurul Balqish mengerut dahi sambil mulutnya memuncung, dia mengambil mangkuk yang berisi halia. Amirul Shafiq melabuhkan punggungnya lalu menghulurkan kaki.
Nurul Balqish duduk bersimpuh di lantai lalu membuka balutan di kaki Amirul Shafiq. Tekun dan penuh berhati-hati. Sedikit pun tidak memandang Amirul Shafiq. Bengkak kaki masih belum susut. Dia meletakkan halia tadi di sekitar kaki yang bengkak. Petua orang tua-tua halia boleh mengurangkan bengkak dan asam jawa pula menyejukkan.
Diam seribu bahasa...
“Kenapa Fiq call tak angkat? Sms tak balas. Kenapa diam ni. Cakaplah,” soal Amirul Shafiq memecah kebuntuan. Nurul Balqish tidak mengendahkan pertanyaan itu. Dia mengemaskan ikatan balutan di kakinya lalu bingkas bangun menghala ke sinki untuk membasuh tangan.
“Ibu, Nurul dah siap puputkan halia tu pada kaki Shafiq. Kalau tak ada apa-apa, Nurul nak ke bilik,” dia bersuara. Makcik Munirah menganggukkan kepala. Amirul Shafiq keliru dan tidak mengerti. Diam tidak berjawab. Mogok agaknya. Nurul Balqish menghilang daripada pandangan. Makcik Munirah perasan gerak-geri Amirul Shafiq.
“Jangan ambil hati dengan Nurul. Sejak balik daripada rumah Pak Long dia jadi pendiam dan tidak banyak bercerita. Mungkin juga sebab kamu dia jadi begitu. Dia terlalu sayangkan kamu. Dia cuba melupakan kamu. Putuskan semua hubungan dan kenangan lalu. Mungkin dia terkejut dengan berita mengenai Pak Long. Dengan wujudnya pertalian persaudaraan ini, semakin sukarlah dia mengelak daripada kamu,“ jelas Makcik Munirah sambil bergerak mendekatinya. Dia menyentuh tangan anak saudaranya.
“Kenapa sepanjang kamu berpisah, kamu tidak mencari pengganti?” tanya Makcik Munirah. Amirul Shafiq membisu.
bersambung lagi..............


Hanya Kau Yang Mampu – Aizat

Ku cuba redakan relung hari
Bayangamu yg berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku


Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Aku cinta oooohhhhhh….
Aku cinta ooooooo…..
Aku cinta oooohhhhhh….
Aku cinta ooooooo…..
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Aku cinta oooohhhhhh….
Aku cinta ooooooo…..
Aku cinta oooohhhhhh….
Aku cinta ooooooo…..
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Oooooooooo….

Sabtu, 20 Oktober 2012

PART 17: Sayang Selasih



Sayang selasihku...

 Dia bergegas ke tingkat atas meluru ke kamar. Pintu di ketuk bertalu-talu. Wajahnya merah padam menahan geram dan hatinya bergolak tidak keruan. Di ketuk lagi daun pintu itu sehingga terbuka dan kelihatan Nurul Balqish memandang sambil berkerut dahi di balik pintu. Bertentangan mata. Diam seketika.
“Kenapa cepat sangat nak balik? Kita kena selesaikan masalah kita. Fiq akan terus terang dengan ayah dan Fiq akan putuskan ikatan pertunangan dengan Sofiya,” tegas Amirul Shafiq nekad dengan keputusannya.
Nurul Balqish tergamam. Matanya merenung bulat ke mata Amirul Shafiq. Ya, Allah. Kau kuatkan iman hambaMu. Tabahkan dan kuatkan semangatku, Ya Allah. Kenapa semakin rumit masalah aku dengan dia?
“Apa lagi ni? Masalah apa? Hubungan kita telah lama putus. Tolonglah jangan keruhkan keadaan,” rayu Nurul Balqish. Renungan Amirul Shafiq semakin merah membara.
“Fiq tak pernah putuskan. Itu keputusan Qish bukan Fiq. Fiq sayangkan Balqish. Fiq mahu Balqish menjadi teman hidup Fiq seumur hidup. Kenapa Balqish tak mahu faham atau pura-pura tak faham??!!” bentaknya lagi sambil berpaling ke arah dinding.
Bibir terkunci...
Terkunci bibirnya tidak terkata. Hiba dan sayu silih berganti. Kenapa lelaki ini sukar untuk melupakan dirinya? Kenapa tidak dicari pengganti dirinya? Matanya tidak lepas daripada memandang lelaki itu. Bagaimana mungkin akan terjadi? Tiba-tiba kedengaran bunyi dehem. Mereka berpandangan apabila ternampak kelibat Danial di tangga menuju ke tingkat atas.. Tidak semena-mena Nurul Balqish menutup pintu biliknya. Amirul Shafiq pula terpinga-pinga tidak sempat berkata-kata membiarkan saja daun pintu itu terkatup. Dia menggaru kepala sambil berjalan menuju ke ruang rehat.
Bagai terhenti jantungnya berdegup. Termangu dirinya di balik pintu sambil duduk bersandar.  Apa sebenarnya yang tersirat dan bertimpa-timpa masalah yang timbul dan semakin rumit? Aku mampu melawan penyakit bahaya ini dan masalah-masalah lain tapi kenapa aku tidak mampu berdepan masalah yang satu ini, ya Allah? Ya, Allah, bantulah hambaMu ini dan permudahkah segala urusanku. Aku pasrah dan aku redha  dengan apa jua yang Kau tentukan jika itu yang terbaik untukku. Terkejut Nurul Balqish apabila pintu biliknya diketuk sekali lagi.
“Siapa?” tanya Nurul Balqish ragu-ragu.
“Abang Danial ni.” Dia menelan air liur. Pintu terkuak perlahan. Danial memerhatikan gerak-geri adik bongsunya.
“Nurul tak apa-apa ke?” tanya Danial risau. Nurul Balqish menggeleng-geleng kepala.
“Tak ada apa-apa. Nurul okey,” sahutnya terpinga-pinga. Danial menoleh ke ruang rehat. Amirul Shafiq sedang duduk termenung di beranda luar. Kemudian menoleh semula ke arah Nurul Balqish dengan perasaan curiga. Kecut perut dibuatnya sambil matanya tertunduk ke bawah.
“Tadi abang perasan Amirul ke sini? Dia nak apa?” tanya Danial bertalu-talu. Matanya Nurul Balqish melilau-lilau mencari jawaban. Cemas riak wajahnya.
“Err… dia nak bagi tahu Nurul yang dia akan cuba dapatkan kerja kat pejabat Pak Long. Kalau ada nanti dia beritahu Nurul,” jawabnya agak gugup. Minta-mintalah abang tidak tanya lagi. Jenuh aku nak jawab nanti. Doanya dalam hati.
“Hmm… yelah. Kemaskan bag pakaian dan apa-apa yang patut. Abang dah beritahu Pak Long yang kita akan bertolak lepas Zohor ke kampung,” jelas Danial. Nurul Balqish menganggukkan kepala. Lega rasanya melihat abangnya berlalu dari situ.
Termenung....
Danial mengorak langkah menuju ke beranda luar. Rasanya semenjak dia menjejak kaki ke sini, dia masih belum sempat lagi untuk berbual-bual panjang dengan Amirul Shafiq. Pemuda yang berbakat dan berkaliber dalam meneruskan legasi perniagaan Pak Long. Dia turut berbangga. Danial merapatkan diri sambil memberi salam. Amirul Shafiq tersentak daripada lamunannya lalu menoleh. Dia melebarkan senyuman tersipu-sipu malu kerana tidak perasan Danial di situ. Danial menepuk-nepuk bahunya sambil melabuhkan punggung ke kerusi disebelahnya.
“Apa yang dimenungkan tu sampai abang datang pun tak perasan? Tajam sungguh renungan tu rasanya boleh tembus hingga ke bawah meja,” gurau Danial. Amirul Shafiq ketawa kecil.
“Tak adalah, bang. Saya tengah membaca surat khabar,” balas Amirul Shafiq sambil menutup lipatan surat khabar.
“Betul ke abang nak balik petang ni? Kenapa cepat sangat nak balik? Belum hilang rasa rindu kami pada abang sekeluarga,” rungut Amirul Shafiq. Danial tersenyum.
“Mak Ngah nak buat kenduri tahlil untuk arwah ayah. Abang pun ada tugasan lain di sana. Lagipun Mak Ngah belum lawat kubur arwah sejak puasa. Kalau rindu datanglah ke sana. Boleh Amirul bawa Pak Long sekeluarga beraya ke sana pula,” jelas Danial.
“Insya Allah. Kami pasti ke sana,” jawab Amirul Shafiq.
“Abang dengar kamu nak kahwin tak lama lagi? Pak Long kata lima bulan lagi. Sekejap saja tu. Pejam celik dah tiba hari yang tunggu,”ujar Danial lagi.
“Ayah yang rancang semua ini. Bukan pilihan Amirul pun,” keluh Amirul Shafiq. Danial pula mengerut dahi dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
“Kenapa Amirul? Ada sesuatu yang tak kena? Patutnya kamu gembira kerana bakal menjadi raja sehari. Ini muram saja,” tanya Danial sambil memegang bahunya. Berat keluhannya dan dia termenung seketika.
“Entahlah… Saya tengah buntu, bang. Tak tahu apa nak buat. Berat rasanya untuk meneruskan perkahwinan ini,” resah hatinya.
“Kenapa kamu kata begitu? Amirul dah ada orang lain?” terang Danial risau.
“Saya baru jumpa dengan dia setelah lama terpisah. Dia masih belum berkahwin dan Amirul yakin dia masih cintakan Amirul,” terangnya. Danial merenung ke anak matanya. Tersingkap kegusaran dalam hatinya yang sukar untuk dibendung. Mahu ditelan mati emak, mahu diluah mati bapa.
“Saya nak putuskan pertunangan ini. Saya dah nekad,” sayu matanya merenung Danial. Danial mengusap bahunya.
“Sabar Amirul. Bawa bertenang. Jangan ikutkan perasaan dan terburu-buru membuat keputusan. Ingat, redha ibu bapa penting. Mereka bersusah-payah membesar dan mendidik kita dari kecil hingga sekarang malah menjadi seorang yang berjaya dan disegani. Tanpa mereka kita tiada apa-apa,” Danial cuba menasihatinya dengan harapan agar Amirul Shafiq dapat membuat keputusan yang terbaik bukan sahaja untuk dia malah demi maruah keluarga juga. Tiada jawaban.
Jodoh itu ditangan Tuhan.
 “Jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu ditangan Tuhan. Jika ada jodoh takkan ke mana. Yakinlah dengan qada’ dan qadar Allah. Semuanya ada hikmah yang tidak kita ketahui melainkan Allah. Restu ibu bapa amat penting dalam rumahtangga. Jangan kerana cinta, maka kita rela hidup tanpa restu mereka. Buruk padahnya nanti,” Danial memperjelaskan lagi.
“Tapi Mak Ngah tu hidup bahagia saja walaupun tanpa restu atuk dan nenek. Malah dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah pula,” balas Amirul Shafiq pula. Danial menguntum senyuman.
“Jika dipandang dari luarannya, memang nampa bahagia. Tapi kalau kamu tahu betapa sengsaranya hidup terbuang, jauh daripada sanak saudara, pasti kamu tidak ingin mengikut jejak langkah mereka dan tidak mungkin sanggup menghadapinya. Mereka hidup sendiri bertahun-tahun. Dengan keadaan ayah yang hilang ingatan dan tidak tahu asal-usul sendiri menyulitkan lagi keadaan Mak Ngah. Saban hari Mak Ngah termenung. Tapi dia tidak pernah menyesal dengan pilihannya dan yakin dengan keputusannya. Alhamdulillah, ingatan arwah ayah kembali pulih selepas dua tahun usia perkahwinan mereka dan pada masa itu abang berusia setahun setengah. Kami hidup umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.” bicara Danial terhenti sejenak. Matanya merah menahan sebak.
“Setelah itu arwah membawa kami ke kampung, barulah hidup kami ceria kerana masih ada saudara-mara yang sudi menerima kedatangan kami. Dan abang tidak pernah mendengar Mak Ngah bercerita tentang keluarganya. Pernah abang bertanya tapi hanya titisan air mata sebagai jawaban. Semenjak itu abang tidak pernah bertanya lagi. Arwah yang banyak menceritakan kisah percintaan terlarangnya pada abang. Sehingga saat nazaknya pun dia mewasiatkan abang supaya mencari keluarga kandung isterinya kerana dia tahu isterinya teramat rindu,” keluhnya sambil mengusap matanya.
Jangan putuskan pertalian yang ada.
“Abang berharap sangat jangan kamu ulangi sejarah mereka. Kamu satu-satu harapan Pak Long dan Mak Long dan kamu adalah tunggak utama keluarga ini. Ingat nasihat abang jika inginkan membuat sesuatu keputusan yang baik lakukan solat malam. Minta petunjuk dan hidayah dari Allah kemudian baru kamu pilih jalan yang terbaik. Fikirlah masak-masak sebelum bertindak kerana banyak hati akan terluka nanti,” sambung Danial lagi.
Terbungkam Amirul Shafiq mendengar kata-kata itu. Hatinya berbelah-bahagi. Kalau ikutkan hati, hati akan mati. Kalau ikutkan rasa, diri akan binasa. Dia sendiri gagal mengawal perasaannya pada Nurul Balqish. Gadis yang pernah menyelamatkan nyawanya. Tetap terpahat disanubarinya. Keputusan terletak pada tangannya. Aduhai sayang selasih hamba lurutkan, kerana kasih hamba turutkan. Dia mesti memberi alasan yang kukuh untuk meneruskan niatnya. Tapi apa? Alasan apa? Pecah otak dibuatnya. Biarlah aku terbang dulu ke US. Lepas itu apa hendak jadi, jadilah. Penatlah berfikir.
“Nanti dah sampai kampung SMS Fiq. Next week Fiq bertolak ke US ganti tempat ayah. Qish ada nak kirim apa-apa?” Amirul Shafiq mencuri peluang terakhir berbual dengan Nurul Balqish sebelum mereka berangkat pulang. Nurul Balqish tidak dapat mengelak diri apabila Amirul Shafiq menarik tangannya di sebalik pintu besar. Orang lain semuanya telah berada diluar rumah.
Sayang awak!!
“Sayang awak,” luahnya tiba-tiba tanpa menunggu jawaban Nurul Balqish.
Nurul Balqish berasa hiba. Pipinya merah dan matanya mulai berkaca. Amirul Shafiq mengerut dahi. Apa yang sedang bermain difikiranmu Balqish? Apa yang menyedihkan dirimu? Oh… mungkin kamu menyangka pertalian ini tiada noktahnya. Noktah.  Tetap akan bernoktah. Doakan kita dapat bersatu suatu masa nanti. Doalah. Doa itu senjata. Fiq akan sentiasa berdoa agar kita dapat disatukan.
 .......sambungan lagi......

Bunga Citra Lestari: Terpanah Asmara

mencintaimu
sesuatu yg tak bisa aku hindari
begitu kuat perasaan yg kurasakan
dirimu hadir di saat aku rindukan belaian
terpanah aku akan cinta yg kau tancapkan

dan kau bawa aku ke awan menghias langit
merangkai bintang2 menjadi sebuah kata
sebuah kata cinta
seindah-indahnya bila tersentuh hangatnya asmara
sebentuk cinta yg kau beri apa adanya

dan tercipta pelangi jiwa warnai hatiku
engkau anugerah terindah dariNya untukku
engkaulah kekasih separuh jiwaku
 

Khamis, 4 Oktober 2012

Part 16: Pendamkan saja... Mampukah?



Pasrah...

Kabus putih menghalang pandangan matanya. Dia cuba mengamati bayang-bayang yang berada di hadapannya lalu mengorak langkah perlahan mendekati lelaki berjubah yang sedang duduk membaca Al-Quran. Sayup-sayup kedengaran alunan suaranya yang sungguh merdu. Tapi kenapa suara itu mirip suara ayah. Ya, itu suara ayah. Mungkinkah itu ayah? Dia berlari anak lalu berhenti dan berdiri di hadapan lelaki berjubah itu. Orang tua itu berhenti membaca lalu mendongak memandangnya sambil tersenyum.
“Ayah… Balqish rindu ayah,” jeritnya sambil berlinangan air mata lalu memeluk tubuh yang amat dirinduinya. Dalam kehangatan pelukan itu, ubun kepalanya diusap manja lalu satu ciuman singgah didahinya. Dia masih lagi menangis dan setelah lama dia melepaskan pelukan itu sambil mengusap pipinya. Sayu pandangan ayahnya.
“Balqish nak ikut ayah. Ayah jangan tinggalkan Balqish lagi,” esaknya masih berlagu sendu. Lelaki itu merenung wajahnya sambil menggeleng-geleng kepala.
“Tempat Balqish bukan di sini sayang. Belum tiba masanya. Mereka masih memerlukan kamu dan amat menyayangi diri kamu. Ingat, jangan sekali-kali berputus asa. Allah sentiasa bersama hambaNya yang sabar. Ingat pesan ayah,” ujarnya lembut sambil menyisir rambutnya dengan penuh kasih sayang.
“Tapi ayah, Balqish tak mampu dan tidak berdaya untuk melalui dugaan ini. Balqish takut. Balqish tidak kuat, ayah,” sayu matanya merenung wajah itu. Wajah yang penuh dengan ketenangan. Penuh bercahaya dan bersih.
Ayah??!!!
“Anak ayah tidak perlu takut. Tidak usah gementar. Walaupun laluannya getir tapi pasti ada bahagia dipenghujungnya. Percayalah, Tuhan itu Maha Pengasih Lagi Maha Menyayangi. Ayah tahu, anak ayah seorang yang tabah dan penyabar,” jelasnya sambil mengucup ubun kepalanya sekali lagi. Betapa tenteram terasa dijiwa. Dia lena dipangkuan ayahnya dan apabila tersedar daripada tidur, dia hanya bersendirian. Matanya melilau mencari-cari. Terasa sayu ditinggalkan. Matanya bergenang semula sambil memanggil-manggil ayahnya berulang-kali bagaikan anak kecil yang kehilangan orang tuanya.
Tersedu-sedu tangisannya sehingga matanya terbuka selepas dikejutkan oleh ibunya. Dia terpinga-pinga sambil berkerut dahi. Pipinya terasa basah. Ayah mana? Bukankah ayah telah lama meninggal dunia. Dia terkejut lalu beristighfar. Bermimpi rupanya. Dia menghela nafas yang panjang lalu memandang ibunya. Kali terakhir yang dia ingat, dia pengsan. Makcik Munirah mengusap wajah anaknya yang kebingungan.
“Nurul pengsan malam tadi di pasar malam. Doktor kata Nurul keletihan. Perlu banyak berehat. Semua orang berada di bawah untuk bersalam-salaman. Hari inikan hari raya. Pergi mandi dan bersiap. Baju raya yang Amirul belikan ada dalam almari. Mak nak tolong nenek di dapur sekejap,” pesan Makcik Munirah sambil berdiri. Nurul Balqish menarik tangan ibunya. Makcik Munirah tersentak.
“Ibu, Nurul mimpikan arwah ayah,” ujarnya sayu. Makcik Munirah tersenyum.
“Ibu tahu Nurul rindukan ayah. Mak pun dah lama tak lawat kubur arwah. Rindu rasanya. Nanti kita buat kenduri arwah untuk ayah di kampung. Dah cepat bersiap,” balas ibunya sambil berlalu.
Makcik Munirah sempat mengusap air matanya sebelum menutup pintu bilik. Nurul Balqish masih termenung memikirkan mimpi itu. Kenapa ayah tidak membawanya pergi bersama? Pesan ayahnya masih terngiang-ngiang dibenak fikirannya. Sayup-sayup kedengaran takbir raya berkumandang di masjid berhampiran. Dia bingkas bangun lalu mengambil tuala menuju ke bilik mandi.
@@@@@@@@@@@@
Runsing...
 Hatinya benar-benar runsing. Tergamam melihat tubuh itu rebah dan sempat disambut olehnya. Pipi ditepuk berkali-kali dengan harapan dia sedar. Tapi usahanya gagal. Mata itu masih tertutup rapat. Pucat lesi wajahnya. Dia tidak mahu kejadian dulu berulang lagi. Teringat saat-saat dia melihat Nurul Balqish rebah selepas ditinggalkan bersendirian. Di saat itu dia berasa sungguh menyesal.
Patutkah dia mengetuk pintu bilik itu? Niatnya untuk mengetuk pintu dibatalkan. Tidak manis pula rasanya mengetuk bilik anak dara orang. Tapi hatinya tidak senang selagi tidak melihat sendiri keadaannya. Tiba-tiba pintu terkuak lebar. Terkejut masing-masing. Mata mereka bertentangan. Gugup untuk berkata-kata. Cantik Nurul Balqish mengenakan pakaian yang dibelikan untuknya malam tadi. Dia terpesona.
“Fiq buat apa kat depan bilik ni? Ibu dah ke dapur tolong nenek dan mak long,” tanya Nurul Balqish. Amirul Shafiq tersengih-sengih.
“Err… Fiq Cuma nak tahu keadaan Balqish. Qish sihat? Masih pening kepala lagi?” jelasnya cuba mengambil berat. Nurul Balqish menutup pintu biliknya.
“Alhamdulillah. Terima kasih,” jawabnya perlahan.
“Qish sungguh cantik dan ayu hari ini. I love you,” pujinya sambil mengucapkan sayang. Nurul Balqish tidak menoleh dan terus menuju ke dapur. Amirul Shafiq terpinga-pinga keseorangan.
@@@@@@@@@@@

Setelah selesai solat hari raya di masjid mereka sekeluarga bersalam-salaman memohon maaf antara satu sama lain. Datuk Mansur amat terharu dengan kehadiran adik kandungnya yang telah sekian lama tidak bersua. Nenek juga turut menitiskan air mata melihat kegembiraan di pagi lebaran yang penuh barakah. Cuma sedikit rasa terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan menantunya. Apakan daya Tuhan lebih menyayanginya. Tapi hatinya sedikit terubat apabila melihat Danial yang mirip dengan ayahnya. Dia mencium dahi Danial dengan penuh kasih-sayang.
“Nenek, sebelum ayah meninggal dunia ayah ada berpesan pada Danial untuk mencari keluarga sebelah ibu. Hasratnya supaya dapat menyatukan hubungan anak dan ibu. Pesannya lagi, kalau Danial dapat jumpa datuk dan nenek dia mohon berjuta ampun dan maaf kerana perbuatannya dahulu tidak mendapat restu. Danial bagi pihak arwah ayah memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,” jelas Danial dengan penuh hiba.
“Kami telah lama memaafkan ayah kamu. Perkara itu telah lama berlalu. Janganlah kita bersedih lagi. Nenek berasa amat gembira dan bangga kerana kamu sekeluaga ada di sini,” jawab nenek sambil merenung mata Danial lalu berpelukan. Suasana pagi itu sungguh sayu dan hiba.
Tidak gembira??!!
Tapi masih lagi ada yang tidak gembira dengan pertemuan ini. Apa yang patut dilakukan? Biarkan? Sampai bila? Tiap-tiap hari ada saja peluang yang dicari. Dia rimas dan lemas. Lari? Lari ke mana? Masalah tidak akan selesai dengan melarikan diri. Kahwin? Mahu kahwin dengan siapa? Tidak ada orang mahu masuk meminang. Biarlah dia kahwin dulu. Tapi mampukah aku?
“Termenung panjang nampak? Teringatkan siapa?” sergah Amirul Shafiq dari belakang.
Nurul Balqish terkejut lalu menoleh. Diam. Pertanyaan itu tidak dijawab. Amirul Shafiq bengang lalu duduk bersebelahannya. Nurul Balqish bangun sambil mengemas pinggan-mangkuk yang kotor di atas meja. Amirul Shafiq turut mengemas sekali. 
"Tak payah tolong. Biar Balqish buat sendiri," cegahnya sambil merampas pinggan di tangan Amirul Shafiq. 
"Tak apa biar Fiq tolong," tegas Amirul Shafiq sambil menjeling. 
"Pergilah ke depan. Jangan ganggu Balqish kat dapur ni," balasnya. Sejak tadi Makcik Munirah mengintip tindak-tanduk mereka berdua di dapur.
“Shafiq, kamu buat apa kat dapur ni.  Ayah kamu cari. Katanya bakal mertua kamu nak datang petang ini dari London,” celah Makcik Munirah sambil membantu mereka berkemas.
Amirul Shafiq tersentak lalu mereka berdua berpandangan. Tidak berkedip seketika. Amirul Shafiq menggetap bibirnya. Sambil menggeleng-geleng kepala Nurul Balqish berbisik,
"Please, don't do any stupid," bisiknya. Amirul Shafiq mengeluh panjang seolah-olah fikirannya dapat dibaca oleh Nurul Balqish.

jeng...jeng...jeng... to be continued.... 
 Pendam -Shahir
Aku yang mengejar bayang cinta

Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

Isnin, 24 September 2012

Part 15: Harus bagaimana....

Terkunci....


Dia menghela nafas panjang sambil menghirup seteguk air suam bagi meredakan tekaknya yang kering setelah sebiji kurma dijamah. Sejak tadi dia mendiamkan diri tidak berkata sepatah pun. Hanya sekadar mengangguk sekiranya mahu dan juga menggelengkan kepala apabila dipelawa oleh Datin Zainab dengan pelbagai juadah berbuka puasa.
Dia cukup tidak selesa apabila Amirul Shafiq duduk bertentangan dengannya. Sejak tadi Amirul Shafiq merenung tajam padanya tapi sengaja tidak dipedulikan. Sesekali mereka bertembung tangan untuk mengambil makanan yang sama.
“Qish nak spaghetti ke? Biar Fiq sendukkan,” ulas Amirul Shafiq sambil mengambil pinggan yang dihulurkan oleh Nurul Balqish. 
"Terima kasih," ucapan terima kasih terukir dibibirnya tanpa memandangnya. 
“Kasihmu kuterima," balas Amirul Shafiq perlahan sambil mengukir senyuman. Nurul Balqish menjeling menahan geram. Datin Zainab menoleh ke arah anak bujang.
“Amir... sudah-sudahlah mengusik Nurul tu. Tak baik mengusik anak dara orang," tegur Datin Zainab.  Amirul Shafiq tersipu-sipu sambil menyuap spaghetti ke dalam mulutnya.
“Alah bukan orang lain pun. Sepupu Amir juga,” sahut Amirul Shafiq sambil memerhatikan Nurul Balqish yang asyik menyuap spaghetti ke mulutnya. Amirul Shafiq menegur Nurul Balqish dengan isyarat tangan menunjukkan tepi mulutnya yang comot. Nurul Balqish terpinga-pinga sambil mengambil tisu menyapu sedikit tepi mulutnya.
Datuk Mansur asyik memerhatikan gelagat mereka berdua terutama Amirul Shafiq. Nurul Balqish lebih banyak mendiamkan diri tapi Amirul Shafiq sering saja mencari helah untuk mendekatinya. Nurul Balqish cuba mengelak selagi boleh. Datuk Mansur merasakan ada sesuatu yang tersembunyi antara mereka berdua. Dia menoleh memandang Makcik Munirah.
“Yong tak tahu pula Nurul satu universiti dengan Amir. Tak pernah pula Amir bercerita dengan Yong. Hmm… dengarnya Nurul sudah berhenti kerja dari syarikat usahasama Pak Long tu. Kenapa? Dapat tawaran kerja lain ke? Kerja dengan Pak Long sajalah Nurul. Nanti Pak Long suruh Amir carikan pekerjaan apa yang sesuai untuk Nurul,” pelawa Datok Mansur sambil berpaling pada Nurul Balqish pula. Sudah lama dia tidak membahasakan dirinya sebagai Yong kecuali dengan emaknya. Gelarannya sejak kecil lagi.
Makcik Munirah tersenyum mendengar pelawaan abang kandungnya. Dia berpaling ke arah Nurul Balqish yang sedang berkerut dahi memandang Datuk Mansur.
“Tak apalah, Pak Long. Tak payah susah-susah. Sebenarnya Nurul cuti tanpa gaji. Syarikat tempat Nurul kerja dah panggil Nurul bekerja semula,” jelas Nurul Balqish cuba memberi alasan. Makcik Munirah menyampuk.
“Biasalah budak-budak, Yong. Suka lari daripada masalah. Mereka dah besar panjang. Berpelajaran tinggi pula tu. Masing-masing dah pandai buat keputusan sendiri. Angah malas nak masuk campur,” celah Makcik Munirah pula. Amirul Shafiq mengangkat keningnya sambil berfikir. Giliran Amirul Shafiq pula mencelah.
“Setahu Fiq Encik Irfan beritahu Balqish berhenti kerja bukannya cuti tanpa gaji, Mak Ngah,” tegur Amirul Shafiq sambil mencuri pandang Nurul Balqish yang sedang bengang.
Tajam memandang...
Nurul Balqish merenung tajam dengan perasaan marah. Satu hentakan tumit terkena pada hujung jari kaki Amirul Shafiq membuatkan dia tersentak lalu memandang Nurul Balqish. Amirul Shafiq menutup mulutnya sambil menahan sakit. Dahinya berkerut. Aduh... sampai pula kaki dia ni. Masih garang seperti dulu, bisik hatinya.
“Entahlah, Shafiq. Tanya tuan badannya sendiri. Mak Ngah dah tak kuasa  nak melayan,” jelas Makcik Munirah sambil menghabiskan nasi di pinggannya.
“Tak apalah Mak Ngah. Nanti Shafiq carikan kerja kat company ayah. Itupun kalau Mak Ngah izinkan,” celah Amirul Shafiq sambil  tersenyum menahan sakit. Makcik Munirah membalas dengan ketawa kecil.
“Untunglah kalau kamu dapat pujuk Nurul,” balas Makcik Munirah sambil menjeling anaknya yang enggan bersuara. Nurul Balqish menyudahkan makanan di pinggannya lalu membasuh tangan.
“Maafkan Nurul. Nurul minta diri dulu,” dia bingkas bangun.
“Takkan dah sudah. Banyak lagi juadah yang belum dijamah,” tegur Datin Zainab terkejut melihat Nurul Balqish selesai menjamu makanan.
“Tak apalah Mak Long. Tiba-tiba saja kepala Nurul pening. Mungkin terlalu jauh perjalanan hari ini. Maaf semua,” balas Nurul Balqish lagi.
Datin Zainab menganggukkan kepala sambil memerhatikan Nurul Balqish yang menghilang di balik tangga. Amirul Shafiq hanya memerhatikannya melalui sorotan matanya. Sejak petang tadi, Nurul Balqish lebih banyak mendiamkan diri. Pastinya dia masih lagi terkejut dengan berita yang baru diketahuinya itu. Begitu juga Amirul Shafiq. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Memang benar Allah lebih mengetahui sesuatu kejadian berbanding hambaNya. 
Pengumuman tentang tarikh hari raya telah dihebahkan di televisyen. Esok telah diumumkan sebagai hari kemenangan bagi seluruh umat Islam untuk menyambut Syawal. Riuh-rendah kedengaran dengan hilai-tawa dan gurau-senda sanak-saudara. Takbir berkumandang di masjid berhampiran. Nenek amat gembira menyaksikan kegembiraan ini. Lantas mengalir cecair hangat dari kelopak matanya. Masing-masing duduk menyaksikan pengumuman di depan kaca TV.  Tidak semena-mena Syahira menepis pahanya sambil tersenyum memandang Amirul Shafiq.
       “Abang Amir, temankan Syira pergi pasar Ramadhan. Malam ni mesti banyak jualan lelong. Ummi dan Mak Ngah nak ikut juga,” ajak Syahira, adik Amirul Shafiq yang bakal menduduki SPM tahun ini. Dia menjeling.
       "Ummi tak cakap dengan abang pun nak pergi bandar. Awak saja memandai-mandai," jawab Amirul Shafiq. 
     "Syira tak beli tudung lagi. Jomlah bang. Please....," rengek Syahira bagai budak kecil.
      “Abang boleh hantarkan tapi ajak akak Balqish. Kalau dia tak ikut, abang tak nak pergi,” dia cuba berbisik ke telinga Syahira. Syahira memuncung.
“Akak Balqishkan pening kepala. Tentu dia tak mahu ikut,” rungut adiknya. Amirul Shafiq masih selamba cuba melengah-lengahkan waktu kemudian menoleh.
“Hish budak ni… kacau orang sajalah,” dia bingkas bangun mengambil kunci kereta lalu beredar ke halaman rumah. “Abang tunggu kat luar,” balasnya. Syahira tersenyum puas.
Dia duduk di luar di perkarangan taman rumahnya sambil memandang ke langit melihat bintang yang bertaburan. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan. Bunyi bunga api berdentum-dentum di merata-rata tempat. Sungguh meriah suasana malam ini. Dia leka menyaksikan kerlipan bunga api. Sayup-sayup kedengaran riuh-rendah diperkarangan rumah.
“Semua pergi ke? Habis siapa yang tengok rendang kat dapur tu?” dari jauh Amirul Shafiq terdengar Datuk Mansur merungut pada isterinya.
“Najihah ada! Abang dan Danial tolong tengok-tengokkan ketupat kat dapur tu. Tolong tambahkan air kalau dah kering,” jawab Datin Zainab selamba.
Amirul Shafiq masih lagi bersandar di tepi kereta BMWnya. Termenung sambil menanti dengan penuh sabar. Tiba-tiba bahunya disentap dari belakang. Kelihatan Syahira serta Nurul Balqish sudah bersedia. Syahira tersenyum dan Nurul Balqish pula masih lagi membisu tidak mahu bertentang mata dengannya.
“Cepatlah buka kunci kereta ni. Termenung pula. Adik dah bawakan kak Balqish sekali. Nasib baik ummi yang pujuk kak Balqish. Ummi suruh pilihkan baju raya untuk Kak Balqish sebab baju raya dia tak siap lagi. Ni kena bagi upah lebih tau,” perli Syahira.
Amirul Shafiq menekan butang keretanya. Mereka membuka pintu kereta dan duduk diam di belakang. Datin Zainab dan Makcik Munirah masih lagi berada di beranda. Entah apa yang dikecohkan. Amirul Shafiq menoleh ke belakang.
“Syira pergi panggil ummi. Pukul berapa nak pergi ni?” rungut Amirul Shafiq. Syahira memuncung sambil keluar dari kereta menuju ke beranda. 
Dia sengaja menyuruh adiknya keluar memanggil Datin Zainab supaya dia senang untuk berborak-borak dengan Nurul Balqish. Sesekali Amirul Shafiq cuba mengintai ke belakang melalui cermin pandang belakang. Nurul Balqish termenung memandang keluar tingkap kereta.
“Qish marah ke? Dah tak sudi nak cakap dengan Fiq lagi,” tanya Amirul Shafiq sambil memandang cermin. 
      “Ada orang pun macam tak ada,” rajuknya sambil berpaling ke belakang. Nurul Balqish masih membatu. Resah menghantui dirinya.
Harus bagaimana lagi?
“Walau apapun terjadi, Fiq tetap cintakan Balqish sampai bila-bila,” jelas Amirul Shafiq bersungguh. Tiada respon. Nurul Balqish tidak mengendahkan kata-katanya. Amirul Shafiq seperti mati kutu dan hilang akal. 
     "Sampai bila Qish nak mengelak. Kita tinggal sebumbung dah sekarang. Mahu tak mahu kita masih tetap berjumpa. Kena jumpa juga untuk minta ampun dan maaf kalau ada salah silap. Hmm... susahlah kalau bercakap dengan orang bisu. No response," ujarnya lagi.
      Ada betulnya kata-kata itu. Nurul Balqish tidak boleh mengelak sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu. Cukuplah. Dia tidak ingin menangis lagi. Air matanya telah banyak hilang dan dia tidak mahu hatinya sakit lagi. Biarlah takdir menentukan segala-galanya. Dia pasrah.
Datin Zainab membuka pintu kereta lalu duduk di hadapan manakala Makcik Munirah di belakang. Tanpa berlengah Amirul Shafiq menghidupkan enjin dan memasukkan gear automatic menderu menuju ke bandar. Bengang Amirul Shafiq masih tidak surut lagi. Aku mesti cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Aku tidak akan lepaskan peluang kali ini. Nekad hatinya. 
       Keretanya diberhentikan ditepi jalan. Ramai juga manusia membeli-belah di saat-saat terakhir sebelum menyambut ketibaan Syawal. Kuih-muih dan baju raya dijual dengan harga lelong. Dalam kemeriahan membeli-belah, Amirul Shafiq terpandang pada sebuah kedai butik baju yang masih lagi dibuka. Datin Zainab dan Makcik Munirah sibuk memilih kuih-muih untuk dibeli. Syahira pula leka melihat tudung dengan pelbagai pilihan fesyen dan gaya. Dia menarik tangan Nurul Balqish yang sedang leka memilih kerongsang. Terkejut Nurul Balqish dibuatnya. Berani betul dia. Tanpa bantahan dia menurut sahaja ke mana Amirul Shafiq bawa. 
       "Kita nak ke mana?" rungut Nurul Balqish sambil menghentikan langkahnya. Amirul Shafiq masih lagi menggenggam erat tangannya.
       "Kata nak beli baju raya. Dah sampai pun," balasnya sambil mengukir senyuman. Nurul Balqish menghela nafas panjang. Pintu kedai butik dibuka. Nurul Balqish terpegun melihat kecantikan baju-baju di situ. Tentu mahal. Mereka berpandangan.
      “Qish suka batik terengganukan? Biar Fiq pilihkan warna apa yang sesuai untuk Balqish,” luah Amirul Shafiq lalu memberitahu pekerja kedai itu supaya mengambil baju kurung satin crepe batu berwarna merah jambu. Cukup cantik dan manis sekali. Rasa segan menyelubungi diri Nurul Balqish apabila Amirul Shafiq menyuruhnya mencuba pakaian yang dipilih. Dia menggeleng-geleng kepala tidak mahu tetapi Amirul Shafiq tetap berdegil lalu menyuruh pekedai itu membawa Nurul Balqish ke bilik persalinan. Terpaksa jua dia beralah lalu mengekori pekerja butik. Lama juga Amirul Shafiq menunggu lalu dia duduk di kerusi rehat yang disediakan. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Nama Datin Zainab tertera di skrin telefonnya.
       “Ya, ummi. Kenapa? Amir dengan Balqish di butik pakaian. Tengah pilih baju. Okey. Ya, Amir tak buat apa-apa pun. Ummi jangan risaulah.. Okey… Bye,” jelas Amirul Shafiq cuba meyakinkan Datin Zainab. Risau Datin Zainab mengenangkan anak bujangnya membawa anak dara orang.  Amirul Shafiq tersengih-sengih mengingatkan pesanan umminya tadi. Bunga sudah berada dalam genggaman. Tidak mungkin akan dibiarkan terkulai layu. 
Hmmm.... apakan daya.
       Tidak lama kemudian Nurul Balqish keluar dengan pakaian yang dipilih olehnya. Dia terpaku sejenak memandang dari hujung sampai ke bawah. Cuma tudungnya kurang sesuai. Dia meminta pekerja kedai itu memilih tudung yang bersesuaian untuk digayakan dengan baju itu. Lantas tudung 3 layer berwarna kuning keemasan dipadankan. Sambil tersenyum lebar dia menganggukkan kepala tanda setuju. Nurul Balqish berasa segan apabila diperhatikan sebegitu.
     “Barulah padan dengan tuannya. Bagai bidadari cantik dan menawan. Cik, cantik tak bakal isteri saya ni?” puji Amirul Shafiq sambil bertanya pada pekerja kedai itu. Terbeliak sedikit mata Nurul Balqish. Pekerja itu hanya tersenyum.
     "Saya pilih yang ini." Nurul Balqish mengangkat kening.
      “Qish tak mahulah. Mahal sangat,” rungutnya dengan nada risau.
      “Tak apalah. Fiq hadiahkan untuk Balqish,” terangnya cuba mereda rasa risau dihati Nurul Balqish. 
        Dengan berat hati Nurul Balqish melangkah kaki ke bilik persalinan. Terpaksa juga dia terima. Mahu tak mahu Amirul Shafiq tetap dengan pendiriannya. Tegas dan tidak boleh dibantah. Selesai sahaja membuat pembayaran mereka beredar keluar. Nurul Balqish terpaksa mengikut saja rentaknya. Dia tidak berdaya untuk menghindarkan diri. 
      "Awak nak aiskrim? Tunggu sekejap Fiq belikan," tanpa menunggu jawapannya Amirul Shafiq terus meluru membeli aiskrim conetto 'Uda dan Dara'. Aiskrim yang menjadi simbolik percintaan mereka. Dia masih mengingati detik-detik manis. Kenapa payah benar dia melupakan aku? Kenapa sehingga sekarang sukar dia temui pengganti? Banyak wanita tergila-gilakan dia tapi kenapa dia buat tak endah saja. Nurul Balqish mengeluh panjang. Tengku Sofiya pun apa kurangnya. Cantik dan bergaya. Takkanlah tidak terpikat langsung. 
       "Nah, makanlah. Dah lama kita tak makan aiskrim bersama. Fiq rindu sangat saat manis di kampus," ujarnya sambil menatap wajah sayu Nurul Balqish. Amirul Shafiq  mencelah apabila melihat Nurul Balqish murung tiba-tiba.
Sakit kepala....
     "Kenapa ni? Makanlah," celahnya apabila Nurul Balqish merenung aiskrim tanpa dijamah sedikit pun.
       "Qish tak ada selera nak makan. Kita balik ke kereta. Pasti Mak  Long tercari-cari kita," tegasnya sambil memicit-micit kepalanya yang kian berpusing seperti roda. Kenapa tiba-tiba kepalanya jadi berat? Sakitnya kepala bagai diketuk dengan penukul. Dia memanggil Amirul Shafiq sebelum rebah dipangkuannya.

bersambung lagi..... belum habis daaa.....(panas otakku)..;)


Ratu Di Hatiku by TRIAD


Pernah aku mencintai wanita
Tapi tak seperti saat ku mencintaimu
Pernah aku merindukan wanita
Tapi tak seperti saat ku merindukanmu

Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
Menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku

Pernah aku menikmati wanita
Tapi tak seperti saat ku menikmatimu
Pernah aku menangisi wanita
Tapi tak seperti saat ku menangisimu

Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
Menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku

Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
Menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku