Isnin, 23 September 2013

Part 24: Selumbar



         
Kawan atau lawan... kita tidak tahu.
              Suara esakan kedengaran samar-samar ketika Amirul Shafiq menjejakkan kaki di halaman rumah mak ngahnya. Dia melangkah tergesa-gesa ke dalam rumah sambil memberi salam. Esakan Makcik Munirah semakin kuat sebaik sahaja dia melihat anak saudaranya sampai. Nurul Jannah berada disamping Makcik Munirah sejak semalam cuba memujuk ibunya supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Danial memberi isyarat kepada Amirul Shafiq untuk memujuk ibu saudaranya. Dia mengangguk tanda faham lalu menuju ke arah Makcik Munirah yang duduk di atas kerusi rotan. Perasaan bersalahnya semakin meruntum dijiwa ketika melihat wajah suram makciknya. Dia melutut sambil mencium tangan Makcik Munirah.
 “Balqish mana Shafiq? Betulkah dia tidak ada bersama kamu semalam? Tapi katanya dia mahu berjumpa kamu. Makcik risau, Fiq. Dia tu dahlah sakit dan perlu makan ubatnya mengikut masa. Tolong carikan anak mak ngah, Shafiq!!” luah Makcik Munirah sambil berlinangan air mata.
Amirul Shafiq berasa amat sayu mendengar tangisan mak saudaranya. Matanya turut bergenang tanpa disedarinya lalu diusap dengan pantas. Apa lagi yang perlu dijelaskan. Semuanya berlaku kerana kesilapannya. Silapnya tidak menghantar sendiri Nurul Balqish ke rumah. Lelaki jenis apa aku ini? Cuma dia berasa amat tersinggung dengan keputusan Nurul Balqish, maka dia menurunkan Nurul Balqish di perhentian bas. Hmm… Menyesal pun tidak ada gunanya. Perkara telah pun terjadi. Berat sungguh keluhannya.
“Maafkan Shafiq, mak ngah. Semua ini salah Fiq. Memang Fiq ada jumpa dengan Balqish semalam. Tapi Fiq turunkan dia di perhentian bas. Tidak lama lepas Fiq tinggalkan, Fiq berpatah balik ke tempat tadi tapi Balqish tak ada di situ. Jadi Fiq fikir mungkin dia telah naik bas atau teksi. Tak sangka pula jadi begini. Maafkan Fiq, mak ngah. Fiq janji Fiq akan cari Balqish sampai jumpa. Mak Ngah jangan risau ya,” dia memberi penjelasan panjang lebar.
Danial hanya membatu menyaksikan gelagat mereka berdua. Sejak dulu lagi dia mengetahui sejarah silam adiknya. Ibunya telah menceritakan kisah percintaan mereka berdua sehingga adiknya jatuh sakit dan mereka berpisah. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya kerana pertemuan abang kandung ibunya menyebabkan mereka bertemu semula dan membuahkan semula rasa cinta antara mereka. Dia turut kesal kerana menghalang permintaan Amirul Shafiq untuk menikahi adiknya menyebabkan Amirul Shafiq nekad untuk membawa adiknya bernikah di Siam.
“Ibu berehatlah dulu di kamar. Sudah seharian ibu tak tidur. Kami akan berusaha mencari Balqish. Ibu jangan risau sangat. Nanti kesihatan ibu terganggu pula. Shafiq, tolong bawakan mak ngah ke kamar. Biarkan dia berehat,” ujar Danial sambil memapah ibunya. Amirul Shafiq turut memapah ibu saudaranya ke kamar. Dia kelihatan lemah dan tidak bermaya.
Setelah selesai menguruskan Makcik Munirah di kamar, barulah Amirul Shafiq dan Danial keluar ke ruang tamu. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Amirul Shafiq benar-benar buntu.
“Maafkan Fiq, bang. Ini semua salah Shafiq. Saya tak sepatutnya tinggalkan Balqish sendirian di situ,” Amirul Shafiq meluahkan rasa kesalnya. Danial cuba menenangkan dirinya.
“Kita kena buat laporan polis selepas 24 jam kehilangannya. Abang dah cuba hubungi handphonenya. Tapi taliannya diluar kawasan,” ujarnya dengan tenang sahaja. Tiada langsung reaksi marah mahupun menyalahkan Amirul Shafiq tentang kejadian itu. Wajahnya tenang dan sabar. Amirul Shafiq malu pada dirinya sendiri. Danial menepuk bahunya sambil bergerak ke luar beranda.
“Marilah kita cuba tanya orang yang berdekatan dengan tempat kamu tinggalkan Balqish semalam. Manalah tahu mereka ada ternampak kelibatnya,” cadang Danial pada adik sepupunya. Amirul Shafiq menurut sahaja.
Maafkan aku...
Mereka berdua menaiki kereta Amirul Shafiq lalu menderu ke jalan besar menuju ke tempat di mana Nurul Balqish ditinggalkan. Masing-masing membisu seribu bahasa melayan fikiran masing-masing. Sepanjang perjalanan ke rumah mak ngahnya dia asyik memikirkan tentang keselamatan Nurul Balqish. Berulangkali telefon bimbit Nurul Balqish didailnya. Tapi tiada jawaban. Kemana agaknya dia pergi? Entah-entah dia marah kat aku sebab tinggalkan dia di perhentian bas semalam. Tapi itukan kehendaknya. Aku turutkan sahaja, keluh hatinya. Dia asyik menyalahkan dirinya sendiri. Ini bukan kali pertama dia tinggalkan Nurul Balqish sendirian kerana marah dan geram kerana keputusannya dibangkang. Dahulu dia geram sebab Nurul Balqish minta putus tanpa sebarang alasan. Sekarang Nurul Balqish tolak mentah-mentah cadangannya. Kenapa susah sangat percintaan mereka ni? Orang lain tu senang sahaja. Bercinta dan terus kahwin. Tapi cinta mereka ibarat air laut yang adakalanya pasang dan adakalanya surut. Perkara sudah terjadi tidak guna dikesal lagi. Selagi dia tidak bertemu dengan Nurul Balqish, selagi itu hatinya tidak tenang. Bermacam-macam perkara buruk yang datang menerpa kepala otaknya. Hish.. jangan fikir yang bukan-bukanlah, gerutu hatinya. Dia mengusap dahinya.
Sampai sahaja ke destinasi Danial keluar sambil melihat-lihat persekitaran perhentian bas itu. Ada beberapa buah gerai tidak jauh dari situ. Dia bergerak menuju ke sana dengan hasrat ada orang yang perasan kelibat adiknya. Manakala Amirul Shafiq masih tercegat di perhentian bas sambil memerhati setiap inci kawasan di situ. Dia mencari-cari sesuatu di sebalik rumput yang merimbun di sebelah perhentian bas.
Danial berlari anak menghampiri Amirul Shafiq sambil memanggil namanya berulang-kali. Manakala Amirul Shafiq menemui sepasang cermin mata yang dia yakin kepunyaan Nurul Balqish. Mereka berpandangan.
“Abang rasa tak sedap hatilah. Penjual di situ kata mereka perasan kelibat seorang perempuan semalam. Dia seolah-olah dipaksa menaiki sebuah kereta. Tapi tak pasti perempuan tu Balqish atau bukan,” jelas Danial sambil memandang padanya.
“Cermin mata ni, saya jumpa di celah-celah rumput di situ. Ini macam cermin mata Balqishkan bang,” ujar Amirul Shafiq sambil menghulurkan cermin mata itu pada Danial.
Memang benar itu cermin mata adiknya. Danial menggertap bibirnya. Ya Allah, Kau lindungi adikku daripada sebarang kecelakaan, bisik hatinya kerisauan. Tiba-tiba telefon Amirul Shafiq berdering dan tertera nama yang terlalu ingin dielakkan. Dia mengerut dahi sambil berfikir panjang. Hish… tak faham bahasa betullah dia ni. Menyibuk saja, geruh hatinya sambil menjawab.
Hello....
“Hello…,” Amirul Shafiq menjawab.
“Hello, sayang. I miss you so much, dear,” rengek Tengku Sofiya. Meluatnya. Terasa macam mahu terkeluar anak tekak.
“I’m sorry, Sofiya. I’m busy at the moment. I will call you back? ” ujar Amirul Shafiq dengan lembut. Dia cuba menenangkan hatinya yang semakin panas.
“Hold on, Amir. I know you are very busy to find someone. But I have good news for you. I’m sure you will be interested to hear. It’s about your beloved Nurul Balqish? ” terang Tengku Sofiya sambil ketawa sinis. Amirul Shafiq terkedu.
“What do you mean by that? What do you know about her?” Amirul Shafiq terkejut apabila mendengar kata-kata Tengku Sofiya. Dari mana pula dia tahu tentang kehilangan Nurul Balqish? Siapa yang beritahu?
Sejak tadi Danial menjadi pemerhati dan menanti. Dia tampak risau melihat kelakuan adik sepupunya yang serba tidak kena secara tiba-tiba di suatu sudut berdekatan dengan kereta.
“Guess what?? She’s with me. Don’t worry. I will take care of her,” jelasnya lagi. Berdetak jantungnya mendengar kata-kata itu. Kenapa Nurul Balqish berada bersama Tengku Sofiya? Pelik. Betul ke atau ia sekadar gurauan.
“What? Why should I believe you?” bentak Amirul Shafiq sehingga Danial turut tersentak.
Danial mengerut dahi sambil merenung Amirul Shafiq. Resah hatinya semakin tidak keruan apabila melihat Amirul Shafiq tidak tentu arah.
“Why? You don’t believe it? Well, I will show you,” perli Tengku Sofiya sambil menghalakan telefonnya ke arah Nurul Balqish dalam bentuk video. Terbeliak mata Amirul Shafiq melihat Nurul Balqish terbaring kaku di atas katil dengan mata yang terpejam seolah-olah sedang tidur dan mulutnya diikat dengan kain. Tangan dan kakinya pula terikat dengan tali. Kenapa Sofiya? Tergamak dia lakukan semua ini? Perasaan marah dan geram bercampur-baur.
 “Sofiya, how could you do this? Please let her go!!!!” bentaknya dengan penuh kemarahan. Tapi jeritannya disambut dengan hilai-tawa.
“You want me to let her go??!! So that, you can easily marry her? Do you plan to go to Siam, Amir? How wonderful. You love her so much isn’t it? But the truth is, I don’t like it and I hate her so much,” jelasnya lagi sambil ketawa. Amirul Shafiq semakin  runsing melihat situasi yang semakin runcing.
“Sofiya… please Sofiya. Please don’t do any stupid. Please let her go. Where are you right now? I’ll come to you. We can talked ,” rayu Amirul Shafiq dengan bersungguh-sungguh.
i'm sick...
“I’m sick to hear all the nonsense. You broke my heart, Amir. I really love you. But you still love her. Why? Why, Amir? I swear I will finish her. No matter what, you will be mine. No one can take you from me,” pekiknya sambil menangis seperti terkena histeria. Amirul Shafiq terbungkam mendengar bait kata-kata Tengku Sofiya yang sungguh menggerunkan. Gelagatnya seperti orang yang tidak siuman.
“Okey, Sofiya. I’ll do anything for you. I promise. This is between me and you. Just let her go. She’s ill and need a medication. Please listen to me, Sofiya,” Amirul Shafiq cuba memujuk Tengku Sofiya. Tengku Sofiya berterusan menangis tanpa henti. Hatinya tersentuh dengan janji Amirul Shafiq.
“Will you marry me, Amir? Will you love me forever and finally we have happily marriage,” esakannya semakin mengendur dan hatinya sedikit terubat. Amirul Shafiq terpaksa mengiyakan apa sahaja yang dikatakan Tengku Sofiya supaya kemarahannya berkurangan.
“Yes. I do. Just tell me where you are,” pujuk Amirul Shafiq. Tengku Sofiya terdiam seketika.
“Good to hear. I will call you later, Amir. Please don’t called a police or Balqish will die,” ugut Tengku Sofiya sambil memutuskan talian.
Amirul Shafiq memejamkan matanya dan menyalahkan dirinya kerana gagal memujuk Tengku Sofiya untuk memberitahu di mana lokasi mereka. Matanya hampir berkaca. Terasa seakan-akan putus nyawanya mendengar khabar yang tidak terduga olehnya. Danial berdiri tegak bersebelahan dengannya. Sementara Amirul Shafiq cuba menenangkan dirinya.
“Kita kena buat laporan polis segera, Shafiq. Nyawa Balqish dalam bahaya. Kita perlukan bantuan daripada yang lebih pakar,” tegas Danial sambil memeluk bahu adik sepupunya lalu mereka melangkah menuju ke kereta.

bersambung lagi.... dengan bait lirik 
SEDETIK LEBIH ~ Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


0 ulasan: