Khamis, 18 Julai 2013

Part 23: Seraut Pengorbanan





Entah tsunami apa yang melanda Datok Mansur tiba-tiba meninggikan suara bagaikan hilang pedoman membentak keputusan yang dibuat oleh anaknya. Hati kecilnya terasa seolah-olah dipukul dan melayang menentang arus yang bertiup kencang. Dia nekad untuk tidak berganjak mengikut kemahuan ayahnya. Walau apa sekalipun dia tetap dengan pendiriannya.
Keluhan berat kedengaran samar-samar. Dengan kekuatan cinta yang ada, mungkin dia dapat menambat hati gadisnya supaya menurut sahaja kemahuannya. Tapi harapannya hampa belaka. Danial membantah keputusannya untuk bernikah segera dengan Nurul Balqish. Alasannya kukuh, mereka saling mencintai satu sama lain. Tetapi menurut Danial cinta sahaja tidak memadai tanpa restu keluarga. Danial berharap supaya dia bersabar dan beristiqamah sebelum melakukan sesuatu perkara. Kelak buruk padahnya.
Kenapa ada saja halangan??!! Mak Ngah boleh kahwin tanpa restu datuk. Tapi kenapa dia tak boleh?? Rintih hatinya cuba mengungkap sejarah silam mak saudaranya. Sepatutnya dia menyokong segala keputusan yang aku buat. Tapi kenapa sebaliknya? Hish… menyusahkan betul!! Dah gila agaknya aku ni, bebelnya seorang diri. Keretanya dihentikan di persimpangan jalan. Fikirannya menerawang kembali mengingatkan insan yang paling disayanginya.
“Kita nak ke mana ni??! Kenapa tiba-tiba suruh Qish jumpa kat sini. Kenapa tak singgah rumah dulu?” Tanya Nurul Balqish kehairanan. Amirul Shafiq terus menderu ke jalanraya tanpa sepatah kata pun. Sikapnya membuatkan Nurul Balqish naik radang.
“Shafiqqqq!!!!! Tak dengar Qish tanya??” Nurul Balqish meninggikan suara. Amirul Shafiq menoleh padanya sekilas pandang.
“Fiq dah tak tahan dengan pelbagai halangan ni. Fiq dah penat asyik menunggu dan menurut kehendak orang. Fiq dah fed up dengan semua ni. Fiq nak bawa Balqish ke sempadan Siam. Kita nikah,” tegasnya sambil menjeling mencuri pandang. Terkejut besar Nurul Balqish mendengar penjelasan Amirul Shafiq. Kenapa pula ni? Apa yang sudah berlaku hingga dia bertindak begini? Nurul Balqish berbisik pada dirinya.
“Hentikan kereta ni sekarang!!! Qish kata berhenti,”bentak Nurul Balqish. Dia merenung tajam wajah Amirul Shafiq. Keretanya membelok ke bahu jalan. Jalan kelihatan lengang dan matahari pula tegak berdiri di atas kepala.
“Fiq sedarkah apa yang Fiq buat ni? Kenapa kita mesti bernikah di Siam? Apa yang telah terjadi? Kenapa tiba-tiba Fiq bertindak macam ni??” luah Nurul Balqish keresahan. Tidak senang duduk dibuatnya. Amirul Shafiq menyandarkan kepalanya. Keluhan berat terkeluar daripada bibirnya.
“Itu saja jalan yang Fiq nampak buat masa ni. Kalau betul Qish sayangkan Fiq, Qish kena ikut Fiq. Jangan banyak soal,” ujarnya sambil berpaling meminta simpati. Sinar matanya benar-benar mengharapkan Nurul Balqish menyokong tindakannya itu.
“Mana boleh buat macam ni!! Ini semua kerja gila, tahu tak? Kahwin lari? Tak pernah dibuat orang. Siapa yang tanggung malu nanti? Semua orang akan terima tempias daripada perbuatan kita ni,” Nurul Balqish semakin gusar. Amirul Shafiq menghela nafas panjang.
“Ayah nak kahwinkan Fiq dengan Sofiyya dalam masa terdekat ini. Fiq membantah dan memberitahunya tentang hubungan kita. Tapi ayah tetap dengan pendiriannya dan tidak terima sebarang alasan tanpa bukti yang kukuh. Abang Danial pula tidak mahu menjadi wali untuk menikahkan kita berdua. Dia tidak setuju dengan tindakan Fiq. Fiq buntu dan tak tahu nak buat apa sekarang ni,” luahnya sambil memandang wajah kesayangannya. Renungan matanya membayangkan dia tidak mahu lagi berpisah dengan cintanya. Biar apapun terjadi dia ingin mengotakan janjinya. Janji yang belum tertunai.
Nurul Balqish terkedu mendengar penjelasan itu. Apa yang harus dia lakukan? Tindakan ini sememangnya tidak betul. Bukan kebahagian begini yang dia mahukan. Ya Allah, Kau tunjukkan pada hambaMu ini jalan yang Kau redhai. Permudahkanlah segala urusan kami.
“Tak ada cara lain ke selain dari kahwin lari? Qish takut,” ujarnya sambil mengusap air matanya yang mengalir.
“Ini saja jalan terakhir. Kalau Qish sayangkan Fiq kita pergi sempadan Thailand dan bernikah di sana,” jelasnya lagi sambil mengharap.
“Tapi bukan begini caranya. Tentu ada cara yang lain. Tolonglah bersabar. Kalau dah jodoh takkan ke mana, kan? Itu kata-kata yang Fiq pernah ungkapkan dulu. Ingat tak?” rayu Nurul Balqish dengan mata yang merah. Perasaannya bercampur-baur. Gementar. Resah. Takut. Tidak pernah dia merasa perasaan sebegitu.
Amirul Shafiq menggertap bibir dengan dahi yang berkerut. Bahang kepanasan kian terasa walaupun udara penghawa dingin sedang berhembus menyejukkan suasanan. Dia kecewa. Bukan ini jawaban yang perlu didengar. Bebola mata kesayangannya direnung sedalam-dalamnya. Renungannya dibalas sayu. Dia tahu Nurul Balqish sukar untuk membuat keputusan.  Sejak awal percintaan sehingga kini, pelbagai rintangan yang datang dan pergi seolah-olah cuba memisahkan mereka berdua tapi tidak berjaya sepenuhnya. Apakah yang tersirat disebalik kejadian ini? Ya Allah, bantulah hambaMu ini.
“Kita tidak harus membelakangkan keluarga. Tindakan abang Danial itu betul. Hubungan Pak Long dan nenek dengan ibu baru sahaja bertaut setelah bertahun-tahun lamanya ibu menderita terpisah daripada keluarga kandungnya sendiri. Mesti dia sedih dengan keputusan kita. Qish memang sayangkan Fiq tapi bukan begini caranya untuk kita bersatu. Tindakan kita ini salah,” bantah Nurul Balqish. Dia terpaksa membuat keputusan walaupun sukar.
 “Maafkan Qish. Qish tak boleh ikut. Kalau Fiq nak kahwin dengan Qish kita mesti dapatkan restu Pak Long dahulu. Itu syarat Qish,” tegas Nurul Balqish. Dia menunggu reaksi Amirul Shafiq. Daripada air mukanya, dia tahu Amirul Shafiq sedang marah. Tapi dia tidak berdaya mengiyakan tindakannya yang terang-terangan salah.
“Baiklah jika itu keputusan Qish. Nampaknya Fiq seorang saja yang beria-ia. Qish langsung tak peduli,” kesalnya sambil berpaling memandang jauh ke depan. Nurul Balqish terasa hati apabila dikatakan tidak peduli.
“Fiq tolonglah faham keadaan Qish. Qish peduli tapi bukan ini caranya,” jelas Nurul Balqish kegelisahan.
“Ya.. Ya.. Fiq faham. Faham sangat-sangat. Cuba beritahu Fiq ada cara lain lagikah kalau bukan ini saja caranya?” ujarnya dengan nada geram.
Perancangan manusia tidak semestinya seiring dengan perancangan Allah. Mempercayai Qada’ dan Qadar adalah salah satu rukun iman. Manusia perlu berusaha keras untuk mencapai impaian mereka. Setelah berusaha serta bertawakkal dan berserah segala-galanya pada takkdir Ilahi. Manusia hanya merancang tapi Allah jua yang menentukan segala-galanya. Dia Lebih Mengetahui segala-galanya daripada hambaNya.
Amirul Shafiq buntu memikirkan kesudahan percintaannya dengan Nurul Balqish. Masalah bertimpa-timpa umpama seketul batu besar terhenyak di atas kepala. Dia merehatkan badan di atas tilam yang empuk sambil merenung ke luar jendela. Udara sejuk di puncak gunung begitu menyamankan. Hasratnya tidak kesampaian lagi. Fikiran yang kusut menjadi semakin kosong.
Maruahnya terpaksa dikorbankan demi duit. Mengarut sungguh. Tergamak ayahnya mempertaruhkan anaknya sendiri demi perniagaan. Dia tidak dapat menerima kemahuan ayahnya. Mereka bertengkar besar sebelum dia membuka langkah seribu meninggalkan pejabat.
“Amir tak setuju ayah. Amir sudah ada pilihan lain,” jelas Amirul Shafiq pada ayahnya. Datuk Mansur terbungkam mendengar kata-kata anaknya.
“Apa? Kamu sudah ada pilihan lain? Siapa?”terkejut besar Datuk Mansur.
Dahinya berkerut. Dia berasa hairan dan tertanya-tanya sendiri. Setahunya Amirul Shafiq tidak mempunyai teman wanita istimewa. Dia memang berhajat untuk menyatukan Amirul Shafiq dengan Tengku Sofiya. Baginya alasan Amirul Shafiq mempersoalkan keperibadian dan harga diri Tengku Sofiya hanya sandiwara dan sebagai satu jalan untuk dia memutuskan pertunangan.
“Amir cintakan Balqish anak Mak Ngah. Kami pernah bercinta di pengajian dulu. Hubungan kami terputus sejak Amir melanjutkan pelajaran ke Jerman. Amir mencarinya sehingga kini dan akhirnya berjumpa dengannya semasa pembentangan projek syarikatnya. Tengku Sofiya tidak sesuai untuk Amir, ayah. Dia amat berbeza daripada Nurul Balqish. Apa yang berlaku di New York menyedarkan Amir tentang siapa dirinya yang sebenar. Amir tidak dapat terima ‘kelapa yang telah ditebuk tupai’, ayah. Amir tak mahu terima ‘barang yang telah rosak’. Ini soal maruah dan harga diri. Dayus namanya kalau Amir terima dia sebagai isteri,” luah Amirul Shafiq sambil merenung wajah Datuk Mansur.  Terbeliak mata Datuk Mansur mendengar penjelasan anaknya.
 “Itu hanya alasan kamu untuk putuskan pertunangan bukan? Kamu tak ada bukti untuk menuduh Tengku Sofiya begitu? Mungkin juga kamu bercakap bohong. Lagipun takkan ayah nak cakap dengan Tengku Adnan yang anaknya begitu tanpa sebarang bukti??!! Kalau cakap kosong saja, ayah pun boleh buat!! Sudahlah Amir. Ayah akan teruskan rancangan perkahwinan kamu dengan Tengku Sofiya. Keputusan ayah muktamad,” tegas Datuk Mansur.
“Ayah nak bukti apa lagi!! Mata Amir ni sebagai saksi. Amir ekori dia sampai ke bilik hotel. Dia berdua-duaan di bilik itu, ayah. Tiada orang lain. Perempuan seperti ini mahu dijadikan isteri?? Ayah ingat Amir sengaja mereka-reka ceritakah??! Ayah tak percaya pada anak ayah sendiri?!!!” balasnya dengan nada yang keras. Datok Mansur membisu seketika lalu memandang Amirul Shafiq.
“Kita memerlukan dana yang besar bagi melobi projek terbaru kita. Kalau tidak segala perancangan akan tergendala dan masalah akan menjadi bertambah rumit. Lupakan Nurul Balqish. Tolong lakukan demi ayah. Ayah berharap sangat pada kamu,” jelas Datok Mansur sambil berlalu keluar dari biliknya.
Dia terbungkam seketika sambil melonggarkan tali lehernya. Panas kian membara dalam dirinya. Kemarahannya meluap-lupa. Diluah mati emak ditelan mati bapa. Telefon bordering tiba-tiba.
What??!! Kan saya kata saya tak mahu diganggu!!” marah Amirul Shafiq pada setiausahanya.
I’m sorry, Encik Amir. Tengku Sofiya is in the office just now. She’s on the way to your room. Saya dah tegah dia tapi dia tak dengar,” terketar-ketar suaranya memberitahu tentang kehadiran perempuan itu.
Thanks,” balas Amirul Shafiq sambil meletakkan ganggang telefon.
Pintu biliknya terkuak perlahan dan kehadiran Tengku Sofiya disambut dingin. Amirul Shafiq memandang tepat pada matanya dan Tengku Sofiya membalas dengan senyuman yang paling indah. Dia masih belum mengalah dalam perebutan hati jejaka idamannya. Memang kejadian di New York tidak dapat menebus kesilapannya. Walau berjuta kali dia merayu supaya memaafkan kesilapannya namun lelaki itu tidak mahu menerimanya.
What do you want? I told you, the engage is over. We are finished,” tengking Amirul Shafiq. Tengku  sofiya masih boleh tersenyum walau diherdik sedemikian rupa. Telinga menebal menahan setiap kata nista Amirul Shafiq.
Well… well… well… please don’t get mad, honey. I just come to see you,” tegur Tengku Sofiya. Seperti yang dijanjikan dia akan kembali. Kembali menuntut haknya. Walaupun cintanya telah berderai jatuh namun dia masih berdegil dan akan mendapatkan cintanya dengan apa cara sekalipun.
I’m fine. Thank you. So, you have seen me and could you please leave,” bentak Amirul Shafiq sekali lagi.
But I miss you. Miss you a lot,” rengeknya sambil mendekati Amirul Shafiq. Lelaki itu menolaknya ke tepi. Dia menjeling dan pipinya menjadi merah menahan marah.
How could you do this to me, Amir?? I really love you. I’m so sorry about the incidence. I promise it won’t be happened again. Amir… please forgive me. I’m begging you,” rayunya sambil menatap wajah Amirul Shafiq yang dingin membeku bak salju. Tiada perasaan sedikit pun pada wajahnya.
Don’t touch me. I don’t want to hurt you, Sofiya. Could you please leave me alone,” ujarnya serius. Dia tidak mahu mengeji mahupun mencaci gadis itu. Latar belakang mereka memang berbeza. Bagaikan langit dengan bumi. Tengku Sofiya merenung dengan penuh perasaan dendam kesumat.
No matter what happened you will be mine, Amir. I swear. If I don’t get you, no one can get you either,” tegasnya sambil memandang tepat pada Amirul Shafiq.
See you then. Bye-bye,” ucapnya lagi sambil melayangkan ‘flying kiss’ lalu ketawa sinis. Dia melangkah meninggalkan bilik Amirul Shafiq.
Pening kepalanya memikirkan gelagat gadis bangsawan itu. Cantik dan lawa. Tapi kehidupan sosialnya lebih kebaratan. Sudah hilang adat ketimurannya. Bolehkah wujud keserasian?Tapi dia berasa hairan kata-kata terakhir Tengku Sofiya padanya. Perempuan itu seperti mengugutnya. Entahlah... dia malas memikirkan hal itu lagi.
Dia mencapai telefon bimbitnya yang dimatikan daripada siang tadi setelah Nurul Balqish memutuskan tidak mahu mengikut perancangannya untuk kahwin lari ke Siam. Dia menurunkan Nurul Balqish di hentian bas berhampiran. Hatinya terusik dengan keputusan gadisnya lalu meninggalkan dia berseorangan di situ. Tetapi setelah beberapa minit perjalanan, dia berpatah semula ke tempat Nurul Balqish ditinggalkan.  Kelibatnya tidak kelihatan di situ. Hatinya terdetik takkan begitu cepat dia menaiki bas. Mungkin dia menahan teksi untuk balik ke rumah. Mudah-mudahan segala-galanya selamat. Amirul Shafiq memujuk hatinya yang runsing kerana meninggalkan Nurul Balqish di situ. Sepatutnya dia menghantar Nurul Balqish pulang ke rumah. Bukan membiarkan dia pulang sendirian. Kalau terjadi apa-apa, mesti dia yang dipersalahkan. Telefon bimbitnya dihidupkan. Seperti yang diagakkan berpuluh-puluh miss call dan mesej yang masuk. Tiba-tiba telefonnya berdering lalu dia menjawab perlahan.
         "Hello, mak Ngah. Err... apa??!! Nurul tak balik lagi. Dia tak ada dengan Shafiq. Betullah Mak Ngah. Takkan Fiq nak bohong. Fiq ada di Cameron Highland sekarang ni. Nanti kalau Nurul dah balik, Mak Ngah telefon Fiq yer... ok... assalamualaikum,"ujarnya terkejut apabila mengetahui Nurul Balqish belum pulang ke rumah.
         Bertambah serabut kepala otaknya. Ke mana pula dia pergi?? Dah jauh malam tak balik-balik. Dia mula berasa tidak sedap hati. Memang dia berpatah balik untuk mendapatkan Nurul Balqish tapi dia tiada di situ. Tapi peliknya takkan cepat sangat dia hilang kerana baru beberapa minit dia tinggalkan. Rasanya tiada bas yang lalu dalam tempoh masa dia ditinggalkan. Kalau ada pun mesti dia perasan. Lagi satu masalah timbul. Nampak gayanya terpaksalah dia balik pada esok harinya. Harap-harap tiada kejadian buruk yang berlaku.

0 ulasan: