Jumaat, 20 Julai 2012

Part 12: Terkenang Semasa Dulu..Hatiku..-IX

Perasaan adalah anugerah yg paling berharga.


             Perasaan itu adalah suatu yang unik diciptakan oleh Tuhan. Perasaan juga boleh dilihat daripada wajah lalu menggambarkan tentang keadaan diri seseorang. Cuba lihat di kala hati sedang berbunga wajahnya sentiasa ceria dan tersenyum selalu. Manakala perasaan itu boleh menjadi sebaliknya dan seri diwajahnya terpalit kekusutan, kemurungan dan kesedihan. Wajarlah perasaan itu dijaga dan dibaja dengan rapi agar terhindar daripada gejala-gejala yang tidak diingini seperti kemurungan, sakit jiwa dan sebagainya. Yang paling penting dekatkan diri pada Tuhan dan berzikir sebanyak mungkin. Jiwakan jadi tenang dan tenteram.
          Perasaan rindu itu hadir sendiri tanpa dipaksa. Walaupun hati terluka tapi saling merindu seolah-olah ada tarikan yang sukar diungkapkan. Alangkah siksanya hidup sebegini. Tidak dipedulikan. Jiwa akan merana dan boleh rebah tanpa diduga. Hati menjadi tidak tenteram. Aduh… kenapa tiba-tiba kepala ini berdenyut? Seakan-akan turut merenggut denyutan jantungnya. Gara-gara cemburu, dirinya terasa dipinggirkan. Tiada khabar dan berita. Tiada lagi gurau-senda. Tiada usik-mengusik. Sampai hati. Aku tidak bersalah dan aku tidak akan mengalah. Ya, Allah. Kau tabahkan hati hambaMu. HambaMu tidak berdaya. Sungguh tidak berdaya. Rintihannya berlarutan. Pandangannya mulai kelam dan gelita.
            “Balqish….,” kedengaran sayup suara memanggilnya. Dia tidak berdaya membuka matanya. Senyap. Tiada kedengaran apa-apa pun.
################
               Matanya dibuka perlahan-lahan. Bilik yang bertirai biru laut menutupi ruangan katilnya. Tiada sesiapa di sisinya. Dia termenung lalu terpaku melihat jambangan bunga mawar yang merah yang berada di sisi katil tidak jauh daripadanya. Harum semerbak baunya. Dia mengambil kad yang terletak pada jambangan itu. Terukir senyuman dibibirnya. Sekurang-kurangnya terubat luka dengan kehadirannya walaupun dia dalam keadaan tidak sedar. Dibaca berulang kali ayat-ayat yang tertera pada kad ucapan itu.
 
Sayangku Balqish,
I’m so sorry. I didn’t mean to hurt you. I really need u in my life and I luv U so much…
Sayang kamu,
Amirul Shafiq.
               
            Tiba-tiba tirai langsir diselak. Nurul Balqish terkejut melihat ibunya berada di situ.
             “Err… bila ibu sampai?” Tanya Nurul Balqish.
            “Ibu sampai semalam, waktu kamu pengsan. Kebetulan seorang kawan lelaki Nurul pun sampai. Dia yang bawa bunga tu. Siapa namanya??!! Lupa pula ibu,” jawab ibunya.
            “Amirul Shafiq. Ibu tanya apa pada dia?” Tanya Nurul Balqish lagi ingin tahu.
            “Macam-macam ibu tanya dia. Baik budaknya. Berbudi bahasa. Hormat orang tua. Lepas itu, dia kata dia berasal dari KK tempat kelahiran ibu. Dah lama ibu tinggalkan KK. Hmmm… banyak kenangan di situ. Err.. dia kata hari ini dia akan datang lagi,” keluh ibunya sambil menatap wajah anaknya yang pucat.
Nurul Balqish mengerut dahi. Ibunya tidak pernah menceritakan latar belakang keluarganya yang sebenar. Suatu keluhan yang amat dalam. Seolah-olah ada sesuatu yang tersirat disebalik keluhan itu.
“Macam mana boleh jadi begini, Nurul. Stress sangat ke? Itupun Hawa teman serumah kamu yang telefon ibu. Dia kata Nurul pengsan. Badan pula panas. Semalam ibu dan Amirul pergi jumpa doktor. Katanya tak ada apa-apa yang membimbangkan. Perlu banyak berehat dan tenangkan fikiran. Mungkin esok boleh discharge keluar,” kesal ibunya sambil membetul-betulkan baju anaknya.
“Ibu jangan risaulah. Cuma migrain dan demam saja,” jelas Nurul Balqish cuba meredakan kerisauan ibunya.
“Kalau sampai pengsan, itu sudah dikira seriuslah. Hawa kata kamu tak makan dan muram saja. Ada masalah ke? Si Amirul Shafiq tu siapa? Kawan biasa atau kawan istimewa? Bukan main risau semalam dia lihat kamu pengsan. Dia panggil kamu berulang-kali tapi kamu tak dengar. Pucat lesi muka dia ibu tengok,” soal ibunya bertubi-tubi. Nurul Balqish melemparkan senyuman. Malu untuk berkata-kata. Ibunya menjeling sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Ibu nak solat Zuhur dulu. Jangan lupa makan nasi tu,” ibunya berlalu pergi sambil mengendong beg yang berisi telekung.
Nurul Balqish mengiyakan saja. Dia mencapai nasi yang terhidang di atas meja troli. Perutnya terasa sangat lapar. Setelah selesai makan dia bangun untuk membasuh tangan di bilik air. Lalu membersihkan diri setelah seharian terlantar di atas katil. Penat kerana terlalu lama tidur. Badannya terasa lemah dan lesu.
So cute...
Dia melangkah ke katil dan terlihat kelibat seseorang sedang berdiri membelakanginya. Sudah sampai waktu melawatkah? Dari jauh kelihatan orangnya berbaju T-shirt dan berseluar jean. Nurul Balqish dapat mengagak siapakah gerangannya. Dia membetulkan baju hospital yang sedang dipakainya supaya kelihatan kemas. Derapan seliparnya mengejutkan lelaki itu lalu menoleh ke belakang. Dia tersipu-sipu memandang Nurul Balqish sambil memeluk seekor anak patung teddy bear merah jambu ditangannya. Riak mukanya menampakkan kerinduan yang amat sangat. Nurul Balqish menghampirinya dan melabuhkan punggung dibibir katil. Wajahnya tenang lalu Amirul Shafiq menyapanya dengan hati yang berdebar-debar.
“Hai… apa khabar? Qish sihat?” soal Amirul Shafiq.
“Sihat. Alhamdulillah,” balas Nurul Balqish.
“Shafiq bawakan teddy bear. Cute tak? Fiq lalu kat JJ nampak teddy bear dan teringatkan Balqish. Fiq pun beli. Kalau rindu boleh peluk teddy bear ini ,” ujarnya Amirul Shafiq sambil menyerahkan patung itu. Nurul Balqish menyambutnya dengan hati yang tenang.
“Terima kasih. Cantik patung ni,” dia membelek-belek anak patung lalu diletakkan atas katil.
Amirul Shafiq tersenyum gembira. Dia terlalu rindu pada wajah  itu. Kini wajah itu kelihatan pucat dan tidak bermaya. Dia kesal kerana sepatutnya dia yang lebih dulu tahu. Bukannya Zafrul. Tindakannya memakan diri sendiri dan turut melibatkan orang lain.
 “Mana Fiq tahu Balqish masuk hospital?” Tanya Nurul Balqish ingin tahu. Dia tidak pernah beritahu sesiapa kecuali teman serumahnya dan juga Zafrul. Takkan Zafrul yang beritahu. Mereka berdua bagaikan anjing dan kucing. Tidak boleh bersemuka. Entahlah. Lelaki memang sukar untuk difahami dan sukar untuk dijangka tindak-tanduknya. Ahh… perempuan pun sama juga. Nampak macam suka tapi sebenarnya biasa saja. Tidak cukup dengan melihat luaran sahaja. Yang paling penting qalbu atau hati. Apa mahunya. Amirul Shafiq menggaru-garu kepala memikirkan jawaban yang patut diberikan.
“Err… Fiq tahulah. Fiq guna pancaindera ke 7,” sengihnya sambil cuba membuat lawak. Tapi lawaknya tidak menjadi. Nurul Balqish menjeling tajam. Amirul Shafiq terdiam.
“Peperiksaan dah dekat. Assignment pun tentu banyak nak disiapkan. Tentu Fiq sibukkan sampai tak sempat nak bertanya khabar atau Fiq merajuk dengan Balqish? ” duga Nurul Balqish.
Dia sebenarnya terkilan dengan sikap Amirul Shafiq. Kadang-kala sikapnya tidak matang dan keterlaluan. Namun dia cuba bersabar. Setiap perhubungan memerlukan pengorbanan. Tidak kira apa jua bentuk pengorbanan samada perasaan, masa dan tenaga. Tapi berbaloikah jika perasaan terkilan itu dipendam begitu sahaja? Umpama bom jangka yang akan meletup apabila sampai waktunya.
“Sampai hati buat Balqish macam ni. Apa salah Balqish? Kalau Fiq rasa Balqish menyusahkan dan menyakitkan hati, Fiq boleh balik. Bawa sekali bunga-bunga tu dan bear ni sekali. Tak payah jumpa sampai habis periksa,” ujarnya hiba.
i know...
Amirul Shafiq tergamam. Mana boleh tak jumpa!! Sedangkan sehari tak bertemu pun rindu bagai nak gila. Habislah si jantung hati sudah mengamuk. Macam mana mahu pujuk ni? Bunga dan bear pun tidak menjadi. Dia merayu.
I’m really sorry, sayang. Fiq minta maaf, okey.. Okey, Fiq janji takkan ikutkan perasaan dan takkan terlalu cemburu. I promise. Fiq tak sanggup tunggu sampai habis periksa. Lama sangat. Please, sayang. I love u.. Sorry yer... Lain kali tak buat lagi,” pujuk Amirul Shafiq sambil menatap wajahnya mohon simpati.  Lama dia menagih simpati. Nurul Balqish hanya memeluk tubuh dan memalingkan wajahnya.
“Apa sayang-sayang? Banyaklah sayang. Ambil teddy bear ni. Balqish tak mahu. Fiq ingat, hati Balqish tak sakit? Balqish bukan tunggul tau!! Balqish ada hati. Ada perasaan,” tegasnya lagi.
“Yalah… Fiq minta maaflah ni. Balqish nak Shafiq melutut. Kalau itu yang Balqish mahu Fiq akan buat,” balasnya sambil melutut di hadapan Nurul Balqish.
“Hish… jangan mengada-ngada. Shafiq, bangun. Eeiii…Fiq…,” satu cubitan hinggap dilengan Amirul Shafiq.
Amirul Shafiq menutup mulutnya menahan sakit. Maklumlah di hospital tidak boleh bising-bising. Nanti jururawat marah. Setelah Amirul Shafiq bangun barulah dia lepaskan cubitannya. Sakitnya macam mahu tertanggal kulit. Mukanya masih berkerut.
Tiba-tiba kedengaran bunyi orang berdehem. Mereka terkedu. Ibunya mengerut dahi sambil melihat gelagat Amirul Shafiq yang sedang menahan kesakitan manakala Nurul Balqish ditepi katil dalam keadaan bertentangan.
“Kenapa bising-bising ni? Dah jumpa asyik nak bertekak saja. Kalau tak ada ditanya-tanya. Dah datang disuruh balik. Yang kamu cubit lengan dia tu kenapa? Ya, Allah. Sampai birat dibuatnya. Mari sini makcik tengokkan. Kasihan dia. Maafkan anak makcik ni. Dia ni memang kasar orangnya,” celah ibunya sambil melihat kesan merah dilengan Amirul Shafiq. Nurul Balqish mencemik mukanya. Amirul Shafiq membalas cemikannya.
 
i mean it...



 bersambung jua....  Aku rindu Sayang Kamu....
Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiada mu
Apakah ini dinamakan cinta oh
Menjadi aku yang punya

Apakah kau dah tak sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat di jantungku
Terasa sungguh

Chorus
Aku rindu sayang kamu
Matamu aku cinta kepadamu
Sayang kamu

Apakah kau rasa sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa sungguh

0 ulasan: