Selasa, 3 Julai 2012

Part 12:Terkenang Semasa Dulu..Hatiku.. -VII


Tidak terlintas untuk menguji apatah lagi untuk mempertikaikan kejujuran masing-masing. Tidak pernah menduga sejauh mana kecurangan mahupun pembohongan dapat dielakkan daripada kekalutan diri dalam mencari keluhuran harga diri. Cinta itu tampak mudah. Namun hakikatnya jika tiada kata putus ke mana arah tujuan sesuatu hubungan itu, maka akan bersemai benih-benih kemungkaran. Sesungguhnya hati ini tidak rela dikecewakan apalagi ditinggalkan. Kesannya amat dasyat malah boleh mendatangkan kerosakan emosi yang mendalam. Maka yang demikian, kepada Ilahi tempat yang terbaik untuk bermohon agar dibukakan jalan, andai ini adalah jodohnya maka Kau permudahkan jalan kearahnya, Ya Tuhan. SesungguhNya pabila Kau meredhai hambaMu, maka restuilah mereka.
Bagaikan gugur rasanya jantung ini apabila perkara yang tidak disangka-sangka dan tidak dipinta berlaku dalam hidupnya. Zafrul meluahkan isi hatinya pada malam majlis makan malam tempoh hari. Perasaan yang selama ini dianggapnya sebagai sahabat, kini telah bertukar menjadi sayang. Dia tidak menyangka sama sekali. Wajahnya merah padam ketika mendengar ungkapan itu sekali lagi tapi dari mulut orang yang berbeza. Dia bingung. Kenapa tiba-tiba Tuhan mendatangkan kedua-dua insan ini sekaligus? Kenapa dia hadir ketika hati ini telah terisi? Dia keliru. Sungguh keliru.
Ya Allah...Berikan aku kekuatan.
Nurul Balqish merenung sedalam-dalamnya buku yang dipegangnya. Setiap helaian kertas diselak satu persatu tanpa tumpuan. Fikirannya menerawang entah ke mana. Berkecamuk dengan bayangan wajah Amirul Shafiq dan Zafrul silih berganti. Apa harus aku lakukan? Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Ya, Allah aku benar-benar buntu. Kau tunjukkan jalan pada hambaMu ini. Aku harus membuat pilihan.
Sejak tadi Amirul Shafiq memerhatikan Nurul Balqish berseorangan di ruang perpustakaan. Tanpa berlengah dia menyelinap masuk dan terus duduk di sebelahnya. Nurul Balqish terkejut lalu menoleh sambil mengurut-ngurut dadanya. Menyirap darahnya tiba-tiba. Pipinya kelihatan merah. Amirul Shafiq melemparkan senyuman tapi disambut dengan wajah yang kelat.
“Agak-agaknya malam tadi hujan lebat yer. Padanlah bulan tak muncul-muncul. Rindunya si pungguk pada sang bulan,” ujar Amirul Shafiq perlahan sambil menjeling pada buah hatinya. Nurul Balqish lebih selesa mendiamkan diri dan termenung. Sejak balik dari majlis makan malam itu, Nurul Balqish tidak seceria dulu dan lebih suka menyendiri. Amirul Shafiq merasai ada sesuatu yang tidak kena. Hatinya berdetap-detap. Dia kurang pasti kenapa. Lama dia menunggu si bulannya bersuara lalu dia cuba meneka teka-teki yang berada dalam fikiran Nurul Balqish.
“Ini mesti masalah dengan kawan baik awak tu kan?!! Betul tak? Dia cakap apa pada awak? Ada dia cakap dia cintakan awak?” teka Amirul Shafiq sambil mengetap bibirbya. Keras nada suaranya tapi terkawal.
Antara dua...
Nurul Balqish tersentak. Mata mereka bertentangan. Nurul Balqish faham kegusaran yang melanda di dalam hatinya. Dahinya berkerut seribu. Dia ingin memadamkan syak wasangka yang selama ini bermain-main dilubuk hatinya. Tapi firasatnya kuat menyatakan sebaliknya. Zafrul memang telah lama menaruh hati pada Nurul Balqish. Tapi telah dipendamkan sahaja sehinggalah kehadirannya membuatkan dia terasa tergugat dan tercabar. Amirul Shafiq bingkas bangun setelah tiada sebarang jawaban yang terukir dibibirnya. Diamnya memberi petunjuk bahawa telahannya selama ini benar belaka.
“Awak nak ke mana?” Nurul Balqish menggelabah lalu mengekori Amirul Shafiq. Langkahnya semakin laju meninggalkan Nurul Balqish. Mereka meluru keluar dari perpustakaan. Panggilan Nurul Balqish sedikit pun tidak diendahkan. Hatinya panas dan cemburunya kian meluap-luap. Apa yang selama ini ditakuti olehnya telah terjadi.
Tiba-tiba kedengaran suara Nurul Balqish mengaduh kesakitan. Dia menoleh ke belakang dan melihat Nurul Balqish terjatuh. Kakinya terseliuh  tergelincir ketika berlari mengejar Amirul Shafiq. Nurul Balqish mengesat air mata yang mengalir ke pipi dan cuba bangun. Dia bertatih ke kerusi yang berdekatan. Amirul Shafiq berhenti melangkah dan berpatah semula mendapatkan Nurul Balqish. Setelah sampai di sisi Nurul Balqish dia membongkok untuk melihat keadaan kaki Nurul Balqish. Nurul Balqish cuba mengelak tetapi Amirul Shafiq tetap berdegil dan cuba melihat keadaan kakinya.
“Tak payahlah. Saya boleh buat sendiri,” bentaknya. Amirul Shafiq memandangnya serius.
“Awak jangan degil, boleh tak? Awak ingat saya suka-suka nak pegang awak? Datuk saya pandai mengurut. Saya belajar sikit-sikit daripada dia,” tegasnya sambil memegang kaki Nurul Balqish yang terseliuh. Nurul Balqish terkedu. Takut pun ada apabila Amirul Shafiq meninggikan suara. Matanya melilau memerhati sekeliling. Mujur tidak ada orang yang lalu-lalang di situ. Risau juga kalau ada orang nampak. Maklumlah mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia terbuka sentiasa. Tiba-tiba Nurul Balqish mengaduh kuat.
Membara dan membakar...
“Sudah… cuba berdiri dan jalan perlahan-lahan,” arah Amirul Shafiq padanya. Nurul Balqish menurut sahaja lalu berdiri dan berjalan perlahan-lahan tanpa kasut. Sakitnya sudah berkurangan. Pandai juga dia mengurut.
“Hmm… dah kurang sakitnya,” jelas Nurul Balqish. Amirul Shafiq mencapai kasut tumitnya.
“Kasut ni jangan pakai. Nanti urat kaki tu sakit lagi,” ujarnya lagi sambil membelek-belek kasut tumitnya. Nurul Balqish mengerut dahi.
“Habis tu Balqish nak balik macam mana? Takkan kaki ayam?” rungut Nurul Balqish.
“Fiq hantar baliklah. Motor ada tak jauh dari sini,” balasnya sambil merenung Nurul Balqish. Sekali lagi Nurul Balqish termangu.
“Err… tak mahulah. Balqish tak mahu naik motor,” ujarnya sambil menjatuhkan pandangan. Dia tahu Amirul Shafiq pasti kecewa dengan penolakannya.
“Fiq ikhlas nak tolong. Tak ada niat apa-apa pun,” terangnya sambil mengemas bag Nurul Balqish. Dia memaut tangan Nurul Balqish dan berjalan menghala ke tempat letak motor. Marahnya seketika tadi telah lenyap. Dia mencapai topi keledar dan dipakaikan pada Nurul Balqish.
“Awak marah saya?” Tanya Nurul Balqish. Amirul Shafiq membetul-betulkan kedudukan topi keledarnya. Dia membalas renungan Nurul Balqish tanpa sebarang kata-kata. Perlukah aku jawab pertanyaanmu itu? Sesiapapun pasti marah jika ada orang cuba memancing ikan dikali sedangkan dia tahu ikan itu ada tuannya.
“Qish minta maaf. Tak terniat pun nak lukakan hati awak. Qish buntu. Keliru. Tak pasti dengan keputusan sendiri,” matanya mulai terasa hangat. Dia tertunduk menahan kesedihan. Amirul Shafiq tergamam. Tidak sampai hati dia melihat Nurul Balqish menangis.
“Kalau nak ikutkan hati, Fiq memang marah. Teramat sangat. Tapi apa gunanya kalau kita bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Terpulanglah. Fiq tidak mahu memaksa. Sekurang-kurangnya Fiq sudah berusaha sedaya-upaya,” balasnya sambil menahan sebak lalu menghidupkan enjin motor. Dia pasrah.
Pilihannya...
“Tapi Balqish sudah buat pilihan,” gugup suaranya. Amirul Shafiq mematikan enjin motornya. Dia membuka semula topi keledarnya. Teruja untuk mengetahui siapakah pilihan hatinya. Apakah kesudahan cinta ini? Saingannya bukan calang-calang orang. Zafrul lebih dulu mengenali Nurul Balqish berbanding dia. Mereka lebih akrab dan sepadan. Mempunyai cita-cita yang sama. Hobi yang sama. Juga semangat perjuangan yang sama. 
         Wanita ini telah merubah dirinya menjadi seorang yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Dia umpama sebutir permata yang bersinar dalam beribu-ribu kaca hiasan. Bak kata P Ramlee lagi dalam Musang Berjanggut "dia ingin mencari isteri yang betul-betul perempuan, bukan betina". Ohh... kalau cari isteri mesti perempuanlah. Kalau tak... habis semua disapu. Hish... aku ni lelaki tulen. Bukan kasanova. Wajah Nurul Balqish ditatap sedalam-dalamnya.
“Saya pilih awak. Saya pilih awak sebab awak lebih dulu menyuarakan hasrat hati awak. Saya mula menyayangi awak dan telah jatuh cinta. Awak telah mengajar erti kasih-sayang, rasa cemburu, rasa rindu dan saling mempercayai. Saya juga percaya persahabatan saya dan Zafrul akan kekal sebagai rakan baik sahaja. Tidak lebih daripada itu,” luah Nurul Balqish. Air matanya mengalir lagi. Kini dia benar-benar yakin dengan keputusannya. Amirul Shafiq mengucapkan rasa syukur pada Ilahi. Siang malam tidak henti-henti dia memanjatkan doa agar terbuka pintu hati Nurul Balqish untuk menerima cintanya. Kini dia boleh tersenyum lebar. Hatinya berbunga semula. Musim kemarau telah berlalu pergi.

perghhh.... susahnya nak buat citerrrr.... sambung jer  
AKU PUNYA KAMU - FT
 Saat kau tersenyum
Saat itu kau memberi
Saat ku rasa bahgia

Selama ku tersenyum
Selama itu ku memberi
Selama yang kamu di sini

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Sesaat aku tiada
Saat itu yang ku rasa
Saat hidupku terlena

Selama yang kau ada
Selama itu ku rasa
Selama hidupku bahagia

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milik mu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Selama yang pernah
Ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
Fahamilah cinta ku lebih dari cinta
Tiada mungkin akukan teruja
Andai bukan kamu yang dihadapanku
Bisaku buktikan pada kamu

Yang kamu hanyalah satu
Dan tak pernah lelah ku menunggumu
Hingga aku punya kamu
Selamanya
Aku milikmu
Takkan pernah lelah ku menunggu
Hingga punya kamu

0 ulasan: