Rabu, 11 Julai 2012

Part 12: Terkenang Semasa Dulu..Hatiku..-VIII

Masa bercinta siapa yg kuat cemburu?

Pernah di suatu ketika hati ini datang menyapa bertanya ‘tiada siapakah yang sudi bertandang?’. Hati ini begitu tersentuh tatkala melihat orang lain berpasang-pasangan. Dia ralat lalu menilai diri sendiri. Tiada apa yang perlu dirisaukan jika seorang perempuan itu mempunyai maruah yang tinggi dan menjaga batas-batas yang ditetapkan, maka layak baginya untuk mendapatkan pasangan yang terbaik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Begitu jugalah sebaliknya. Kadang-kala ada juga perempuan yang baik dijodohkan dengan lelaki jahat dan lelaki baik dijodohkan dengan perempuan yang jahat. Ketentuan Tuhan yang Maha Esa sukar untuk digambarkan dan Allah lebih Mengetahui sesuatu perkara yang tidak diketahui oleh hambaNya.
Firman Allah S.W.T: Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang melimpah (yaitu:Surga) (Qs.AnNuur (24) : 26).
Naluri ini telah mengiyakan perhubungan ini. Itupun setelah dia memohon petunjuk daripada Ilahi dan sentiasa beristiqamah. Sebelum ini hatinya sentiasa curiga dan sering berteka-teki. Adakah dia layak untuk dijadikan pilihan hati Amirul Shafiq? Siapa yang tidak kenal Amirul Shafiq. Nama yang cukup popular dikalangan siswa dan siswi terutama di fakultinya. Peminatnya merata dan sering menjadi bualan di kalangan gadis-gadis.
Cemburu tandanya sayang.
Hatinya tidak cemburu walaupun Amirul Shafiq dikelilingi ramai teman wanita. Kenapa agaknya? Kata orang cemburu itu tandanya sayang. Tapi entahlah. Dia tidak faham. Mungkin kerana tiada apa-apa ikatan yang sah, dia bersikap bersahaja pada Amirul Shafiq. Kadang-kala Amirul Shafiq bengang juga dengan sikap Nurul Balqish. Acuh tak acuh saja. Dia yang cemburu lebih-lebih mengalahkan perempuan. Memanglah sifat cemburu itu perlu tapi jangan keterlaluan dan tidak bertempat.
Pernah di suatu ketika, Amirul Shafiq tidak bercakap langsung dengannya. Berjumpa tapi enggan berkata-kata. Merajuklah tu. Entah apa yang dimarahkannya sehingga mukanya masam mencuka. Nurul Balqish berasa rimas dan malas melayan karenah Amirul Shafiq. Lalu ditinggalkannya berseorangan. Bertambah bengang Amirul Shafiq.
Nurul Balqish termenung panjang. Sifat cemburu Amirul Shafiq sungguh keterlaluan. Apa lagi yang ditakutkan olehnya? Takut hatinya berubah? Masih terngiang-ngiang ditelinganya Amirul Shafiq melarangnya daripada berkawan rapat dengan Zafrul. Tapi itu tidak mungkin berlaku. Permintaan itu keterlaluan. Bisik hatinya. Krisis itu menyebabkan Amirul Shafiq dan Nurul Balqish tidak bertegur-sapa. Masing-masing ego dan enggan mengalah. Seperti biasa Umar menjadi orang tengah dan juga sebagai penasihat antara mereka berdua.
“Sudah-sudahlah, Amirul. Aku pelik sungguh dengan perangai kau. Merajuk sampai berhari-hari. Boleh tak tolong kawal sifat cemburu tu? Janganlah melampau sangat,” sergah Umar sambil berbaring di katilnya. Amirul Shafiq masih membisu. Dia merenung jauh ke luar tingkap.
Jangan cemburu buta...
“Entahlah. Aku tak tahu kenapa aku jadi begini? Aku tak boleh tengoklah dia dengan Zafrul. Hati aku panas,” rungutnya sambil menghentak-hentak cermin kaca tingkapnya dengan tangan yang tergenggam.
“Mereka berdua tu rakan sekelas dan dalam unit beruniform yang sama. Mahu tak mahu, kau kena terima hakikat yang mereka terpaksa bekerjasama. Kau kena hormat pendirian dia. Belajar untuk bertolak-ansur. Soal cinta perkara lain. Soal tugas perkara lain. Kau tak perlu risau. Dia pilih kau daripada Zafrul. Itu sudah cukup. Apa lagi yang kau mahu? Dia sebaik-baik perempuan yang pernah aku kenali. Jangan sia-siakan dia, Amirul. Kau juga yang melepas nanti,” jelas Umar lagi.
Amirul Shafiq mengetuk-ngetuk dahinya sambil memejamkan mata. Dia mengeluh berat. Dia beralih menuju ke pintu.
“Nak ke mana tu?” jerit Umar.
“Aku nak keluar ambil angin,” balas Amirul Shafiq sambil berlalu pergi. Umar menggeleng-geleng kepala. Dia tidak faham kepala angin Amirul Shafiq makin menjadi-jadi sejak menjalinkan hubungan dengan Nurul Balqish. Cemburu butanya makin meluap-luap. Dia pantang melihat Nurul Balqish dengan Zafrul. Anginnya pasti jadi tidak baik.
@@@@@@@@@@@@
Dia menunggang motorsikal meluncur laju tidak tahu arah tujuan. Fikirannya berkecamuk. Hatinya tidak karuan. Marah. Cemburu. Sakit hati. Tidak pernah dia merajuk sebegini lama. Entahlah kenapa aku pula yang kuat merajuk? Kelakarkan? Selalunya perempuan yang kuat merajuk. Ini tidak. Aku yang lebih-lebih. Kenapa dengan aku ni? Resah hati Amirul Shafiq. Tidak pernah dia bertindak sebegini. Mendiamkan diri tanpa khabar berita. Rindunya semakin menebal dibiarkan saja. Memang dia terlalu rindu pada senyuman itu. Senyuman yang menggegarkan seluruh jiwanya. Dia tidak pernah segila ini. Cintanya berkembang mekar dan sukar untuk dilepaskan. Betapa dia mencintai gadis itu sepenuh jiwanya. Namun tegar sungguh dia membiarkan Nurul Balqish tanpa perhatian. Mungkin juga kerana terlalu sibuk dengan kertas kerja yang melambak-lambak, dia mengenepikan perasaan rindunya. Salah aku kerana cuba menyekat pergaulannya. Keterlaluankah permintaanku itu? Dia bermonolog sendiri. Motornya diberhentikan dipinggir tasik. Matanya merenung jauh ke dasar air. Tenang dan damai. Sekali-sekala berlarian ikan-ikan di dalamnya mencari makanan dengan riang dan gembira.
Lihat dalam air.. campak satu batu..
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan balingan batu sebesar duit 50 sen. Lantas menoleh ke belakang. Wajahnya berubah. Bengang. Kehadiran orang itu menyebabkan jiwanya berkocak semula. Kedamaian yang dicari telah lenyap.
“Apa yang dimenungkan tu? Tak baik termenung sorang-sorang. Err… sedang mencari ketenangankah?” tegurnya. Amirul Shafiq membatukan diri. Hatinya mula panas membahang.
“Aman dan tenteram keadaan di sini. Sesuai untuk menenangkan fikiran yang kusut, ” usiknya lagi sambil berdiri di tebing tasik tidak jauh daripada Amirul Shafiq.
“Kau jangan ganggu aku, boleh tak? Suka hati akulah nak termenung ke, nak cari ketenangan ke… yang kau tak puas hati dengan aku ni kenapa?” tempelaknya sambil memalingkan muka. Angkuh sungguh jawaban yang diberikan.
“Aku datang dengan cara baik. Tak perlulah marah-marah. Be gentleman. Sebenarnya dah lama aku nak bersemuka dengan kau. Tapi tak berkesempatan pula, ” balasnya. Amirul Shafiq memandangnya dengan perasaan ingin tahu.
“Apa dia yang kau nak cakap? Aku tak sabar nak dengar,” gertak Amirul Shafiq sambil memeluk tubuh.
“Aku bukan nak masuk campur hal kau dengan Nurul Balqish. Tapi sebagai sahabatnya, aku terpaksa mencari jalan bagaimana untuk memulihkan keadaan ini semula. Tolong jangan menghukum Nurul Balqish sebegini rupa. Antara aku dan dia tiada apa-apa. Aku terima dengan tangan terbuka bahawa kau adalah pilihan dia. Tolong kawal perasaan cemburu kau tu dan jangan terlalu mengongkong. Dia bukan boneka dan mempunyai pendiriannya sendiri. Dan yang perlu kau ingat, dia belum menjadi hak kau sebab kau bukan suaminya. Satu lagi aku nak beritahu, Nurul Balqish sudah dua hari tak datang kelas. Dia dimasukkan ke hospital semalam. Kalau betul kau ambil berat tentang dia, kau pergilah jenguk dia. Jangan beritahu dia siapa yang beritahu. Hmm… aku balik dululah. Maaflah kalau kau rasa terganggu,” Zafrul memberi penjelasan panjang lebar. Amirul Shafiq tersentak mendengar berita itu.
“Zafrul, terima kasih kerana beritahu. Aku minta maaf. Aku memang sepatut dipersalahkan dalam hal ini. Aku terlalu emosi,” luah Amirul Shafiq.
“Kau tak perlu minta maaf dengan aku. Kau minta maaflah pada Nurul Balqish,” balas Zafrul sambil melangkahkan kakinya. 
Kesalnya tidak sudah. Amirul Shafiq meluru menuju ke hospital. Hatinya risau. Kenapa sampai jadi begini? Salah aku. Semuanya salah aku. Aku yang tidak ambil berat. Aku yang abaikan dia. Aku yang menyebabkan dia jadi begini. Memang patut aku disalahkan. Dia menyesali diri. 

alamak... kita sambung lagi citer... hehe
Cinta Ini Membunuhku
By : D’Masiv

Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku
Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku
Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

…. Wooo…Uuhh…Haaa…
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku



4 ulasan:

MizzTina berkata...

kak, apa ni..mcm cinta 3 segi lak.. errrr, amirul syafiq tu ensem x? zafrul lak, ensem x?? nk bayangkan ni..

MizzTina berkata...

nk komen lagi.. betul la tu, kawal cemburu, sudahnya sendiri yg sakit hati.. nmpk baik ckit dengan lelaki lain, mula fkr bukan².. haishh..

Dee Z berkata...

@MizzTina tgk le muka lelaki sape aku letak kt ctu... ABH paling popular tu.. perasan... hehe

Dee Z berkata...

@MizzTina ada aku kesah... cantekkk... sambung lg.. hihi