Rabu, 25 Julai 2012

Part 12: Terkenang Semasa Dulu... X

I'm so sorry.
           Perbezaan antara perasaan cinta dan suka amat ketara. Kalau tidak berhati-hati boleh terperasan sendiri. Adakala ada yang tersalah tafsir di antara kedua-duanya. Dalam diam, ada hati yang telah terluka. Tanpa disedari dia menjauhkan diri. Ya, mungkin itu jalan yang terbaik buat masa ini. Jika itu sudah ketentuan daripada Yang Maha Esa maka jalan terbaik adalah berlapang dada dan redha.
Sejujurnya dia pasrah menerima keputusan itu. Dia sekadar mencuba meluahkan isi hatinya. Manalah tahu untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tidak rugi kalau bertanya. Tapi sebelum itu kena bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan keputusannya. Sungguhpun hatinya kecewa namun dia gembira melihat orang yang dikasihinya bahagia. Bahagia kerana kemesraan mereka terjalin semula. Dia rela melepaskan permata itu. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulkan. Itulah yang dirasainya. Keadaan pasti berubah. Tidak akan seperti dulu lagi. Matanya mencuri pandang memerhatikan pasangan dua sejoli itu dan juga ibu Nurul Balqish. Niatnya untuk melawat hari itu terhenti. Langkahnya mati di balik pintu apabila kedengaran riuh-rendah di dalam wad. Dia tidak mahu mengganggu kemesraan yang terjalin.
Balik sekolah semula....
Bukan setahun dua dia mengenali Nurul Balqish. Sejak dari zaman persekolahan lagi dia meminati gadis itu. Memang benar mereka daripada sekolah yang sama dan kini melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama. Mempunyai minat yang sama. Semangat juang yang sama. Mereka memang akrab. Bagai isi dengan kuku. Pernah suatu ketika di dalam kelas cikgu Zainal guru Bahasa Inggerisnya semasa di sekolah Tingkatan 4, cikgu itu mengajar Bahasa Inggeris dalam bentuk permainan. Mereka dikehendaki mencari penjual yang menjual barangan yang ingin dibeli. Semua pelajar telah ditanya kecuali seorang pelajar perempuan, Nurul Balqish. Tidak tahu kenapa dia berasa segan untuk bertanya. Cikgu Zainal tersenyum simpul memandangnya seolah-olah mengerti apa yang bermain difikirannya. Dia menggagahi diri untuk mendekati Nurul Balqish. Perasaannya tiba-tiba menjadi tidak keruan.
“Execuse me. Do you sell this item?” dia bertanya dengan perasaan gugup.
“Yes, I am,” jawabnya pendek. Dia menggaru-garu kepala mencari idea.
“I want to buy it. How much it’s cost?” soalnya lagi. Mukanya merah padam menahan malu.
“Err… $10.00 please,” jawabnya sambil tersenyum. Dia menghulurkan duit pada Nurul Balqish dan berlalu duduk di tempatnya semula. Malunya hanya Tuhan saja yang tahu. Di situ bermula detik-detik indah yang diimpikan. Kenangan yang tidak dapat dilupakan. Hanya tinggal kenangan dan adakalanya dia tersenyum sendiri.
Memang pada zahirnya, dia seorang yang tegas dan berpendirian teguh. Bab merawat pesakit, mengembara, mendaki bukit, survival di hutan rimba dan bermacam-macam bentuk masalah yang sukar dapat diatasi tapi perkara sesenang ini dia tidak berdaya menyelesaikannya sendiri.
Tak tahu bagaimana untuk diluahkan...
Aneh sungguh dalam soal percintaan dia menjadi buntu. Kematu kepala otak memikirkannya. Lidahnya menjadi kelu. Cinta yang disulam sekian lama hanya dipendam begitu sahaja. Suatu kesilapan yang sepatutnya dielakkan. Silapnya dia tidak berterus-terang. Entah mengapa mulutnya berat untuk meluahkan kata-kata azimat itu. Akhirnya burung disangkar terlepas jua. Itulah yang dinamakan jodoh. Kalau dia bukan jodohnya maka pintu hijab akan tertutup. Kata-kata Nurul Balqish membuatkan dia berasa benar-benar terkilan dan kecewa kerana lambat bertindak dan membuat keputusan.
“Balqish buat solat Istikarah mohon petunjuk daripada Allah kerana Balqish tidak dapat membuat pilihan. Petunjuk itu lebih memberatkan dia. Lagipun dia yang lebih dulu meluahkan perasaan cintanya pada Balqish. Balqish berharap dengan keputusan ini, kita masih boleh bersahabat. Maafkan Balqish,” jelas Nurul Balqish. Dia terkedu.
“Adakah aku berpeluang seandainya aku berterus-terang dulu sebelum dia?” soalnya ingin tahu. Matanya tepat memandang Nurul Balqish.
“Mungkin ya. Mungkin juga tidak,” jawabnya lambat. Nurul Balqish merasakan sewajarnya dia menjawab begitu kerana dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
“Betulkah kau tak tahu yang sebenarnya aku sudah lama suka kat kau. Sejak daripada sekolah lagi. Atau kau pura-pura tak tahu?” Dia cuba serkap jarang. Nurul Balqish mengerut dahinya.
bff...;))
“Aku tahu. Tapi sebagai sahabat sahajalah,” tegasnya.
“Itu saja?” soalnya lagi.
“Yalah. Habis tu apa?” bentak Nurul Balqish.
“Kau tak perasankah selama ini aku cintakan kau?” Dia merenung sedalam-dalamnya wajah itu. Nurul Balqish membeliakkan matanya.
“Kau ingat aku ni apa? Perigi cari timba? Orang tak cakap takkan kita terhegeh-hegeh nak tanya. Aku ni perempuan. Pemalu. Garang. Tak suka perasan sendiri. Hish… Tolonglah jangan tanya soalan-soalan yang ni lagi. Yang lepas biarkan ia pergi. Jangan diungkit-ungkit,” leter Nurul Balqish.
Janggal pula rasanya berbicara soal cinta dengannya. Kebiasaannya mereka berbincang hal-ehwal ko-kurikulum ataupun tentang pelajaran. Nasi sudah menjadi bubur. Tapi masih ada lagi peluang selagi dia belum menjadi isteri. Mampukah dia menunggu saat itu? Atau lebih baik dia mencari sahaja penggantinya? Tunggulah apabila hatinya sudah bersedia untuk bercinta lagi. 
Jangan berputus asa....
 HEHEHE..... Minta maaf tiada kena mengena dengan hidup atau mati... kalau terkena pun cuma kebetulan sahaja... SAMBUNG lagi...
Lirik Lagu Babak Cinta - Tengku Adil
(OST BUKAN BIDADARI)

Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat

Aku juga merasa ketakutan oh cinta
Percayakan pada kita oohhh...

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka




0 ulasan: