Selasa, 12 Jun 2012

Part 12: Terkenang Semasa Dulu..Hatiku.. :II

Aduh... tolonglah aku...!!!

Sehari bagaikan seminggu. Seminggu bagaikan sebulan. Sebulan bagaikan setahun. Perlukah menunggu begitu lama? Kalau padi katakan padi. Tidaklah orang tertampi-tampi. Kalau sudi katakan sudi. Tidaklah orang ternanti-nanti. Aduh… boleh gila aku, keluhnya sendirian di lobi asrama. Mana pula dia hari ini tak lalu ke? Berulangkali dia melihat jam tangannya. Hatinya resah.
“Kalau nak seribu daya. Kalau tak mahu seribu dalih. Kau pergilah jumpa dia. Cakaplah yang kau suka dia,” teringat kata-kata Umar tempoh hari. Tapi tidak semestinya aku suka dia, dia akan suka aku? Bisik hatinya. Risau. Apa yang perlu aku buat? Tak perlu terburu-buru. Biar lambat asalkan selamat. Dia menarik nafas lega. Tiba-tiba kelibat gadis idamannya berlalu di depan mata. Dia tergamam di situ dan digagahi jua untuk bersuara.
“Err… Balqish,” terketar-ketar memanggil nama itu. Dia menoleh padanya sambil mengerut dahi memikirkan siapa gerangan si pemanggil.
“Err… takkan tak ingat. Balqish yang selamatkan saya kerana terkena gigitan ular di hutan semasa kursus hari tu,” jelasnya apabila dia melihat gadis idamannya terpinga-pinga. Dia kembali tersenyum.
“Sorrylah… saya ingatkan siapa tadi?” balasnya lembut.
Kau menyinari hatiku...
“Saya ada hadiah nak beri pada Balqish sebagai tanda terima kasih. Harap Balqish sudi terima. Ambillah,” matanya tidak berkedip merenung sambil menghulurkan bungkusan. Teragak-agak menghulurkan tangan.
“Err… terima kasih. Saya tak mengharapkan apa-apa balasan pun,” jawapnya dalam kegusaran. Dia berasa tidak selesa dengan pemberian itu.
“Hmm… saya ikhlas. Tak ada niat apa-apa pun cuma boleh kita berkawan,” dia bertanya dengan penuh harapan. Sinar matanya begitu menyentuh sanubari. Jantungnya berdegup kencang. Aneh. Dia tidak pernah merasai perasaan sebegini sebelum ini. Begitu ramai perempuan yang datang dan pergi tapi tiada apa-apa tarikan. Yang ini berbeza daripada yang lain-lain. Memang ada kelainan. Auranya mencengkam jiwa.
“Hmm… yang itu saya akan pertimbangkan. Terima kasih sekali lagi. Lepas ni tak payah bagi saya apa-apa hadiah. Awak boleh bagi pada perempuan-perempuan yang lain,” dia mengorak langkah menuju ke dewan kuliah. Perghh… padan dengan muka aku. Malu yang tidak terhingga. Macam mana dia boleh tahu aku suka bagi hadiah pada setiap perempuan yang aku minat. Tersenyum sendiri sambil menggaru kepala.
@@@@@@@@@@@ 
Satu kampus kecoh tentang pertandingan debat antara fakulti yang sedang berlangsung. Peringkat akhir menyaksikan pertembungan antara Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Seni Bina. Mana tidaknya, pertandingan yang julung kali diadakan dan pemenang akan dihantar bertanding untuk peringkat universiti pula. Pertembungan yang tidak disangka-sangka. Nama mereka terukir dibibir peminat masing-masing. Mereka berdua tiba-tiba menjadi glamour dan popular.
Boleh kita kawan?
“Selamat berjaya, Cik Nurul Balqish. Saya akan buktikan yang saya pendebat yang terbaik,” ujarnya dengan penuh keyakinan.
“Saya pun nak ucapkan selamat berjaya, Amirul Shafiq. Tapi jangan sangka air yang tenang tiada buaya dan tangan yang menghayun buaian, boleh menggoncangkan dunia,” dia menguntum senyuman sinis dan melirik matanya merenung lelaki yang perasan macho. Dia cukup tidak suka lelaki yang digilai oleh semua wanita. Kononnya dialah yang paling kacak dan terkenal di kampus.
“Err.. Balqish. Sudah dipertimbangkan ke pertanyaan saya tempoh hari?” dia sempat bertanya sebelum Nurul Balqish pergi.
“Hmm… belum lagi,” jawabnya sekilas pandang sambil melangkah meninggalkannya.
Padan muka...
“Kalau saya menang awak mesti jadi kawan saya. Kalau kalah saya janji tak akan ganggu awak lagi,” jeritnya dari jauh. Dia berharap Nurul Balqish dengar jeritannya. Geram pula rasanya. Mahu saja dia menarik tangannya dan memberi satu kucupan dijari manisnya sebagai tanda persahabatan. Tiba-tiba terasa penampar hinggap dipipinya. Tersentak lagi. Dia menyentuh pipinya. Berangan lagi rupanya sambil memandang sekeliling. Rupanya dia berseorangan. Masing-masing telah berada di dalam dewan.
@@@@@@@@@@@@
Riuh-rendah kedengaran di ruang legar dewan. Kemenangan mutlak adalah milik Fakulti Kejuruteraan. Bertambah ramai peminat-peminatnya. Mereka bersorak dengan penuh keriangan. Nurul Balqish cuba mencuri pandang  walaupun dia kalah tapi ada juga rasa terkilan kerana kemenangan tidak berpihak padanya. Dia pulang dengan perasaan yang hampa. Memandangkan ramai yang mengerumuni Amirul Shafiq, dia membatalkan hasratnya untuk mengucapkan tahniah. Lain kali sajalah. Dia menghilangkan diri di celah-celah orang ramai.
Sayup-sayup kedengaran namanya dipanggil berulang kali. Termengah-mengah Amirul Shafiq mengejarnya. Nurul Balqish terperanjat melihatnya terbongkok-bongkok melepaskan lelah.
“Awak okey ke?” dia bertanya risau melihat Amirul Shafiq seperti orang sesak nafas. Amirul Shafiq cuma ketawa kecil.
“Saya okey,” jawabnya sambil menegakkan badan. Dia berdiri menghadap Nurul Balqish sambil merenung tajam ke dalam matanya. Nurul Balqish membalas renungannya. Aduh… kenapa tiba-tiba lidahku menjadi kelu? Bisik hati Amirul Shafiq. Dia mengerut dahi sambil menggaru kepala.
Jantungku berdegup...
“Awak dah janji kalau saya menang debat, awak akan jadi girlfriend saya..err….” dia memukul-mukul mulutnya sendiri. Nurul Balqish membeliakkan matanya terkejut mendengar kata-katanya.
“Err.. bukan-bukan. Maaf.. saya tersalah cakap. Err… awak janji nak kawan dengan sayakan?” katanya dengan perasaan gugup. Nurul Balqish menjeling.
“Bila pula saya janji dengan awak?” dahinya berkerut.
“Tadi semasa kita berbual di luar dewan,” jelasnya lagi.
“Ye ke? Saya tak dengar pun,” balasnya.
“Awak ni janganlah jual mahal sangat. Saya betul-betul nak kawan dengan awak. Saya suka awak,” terangnya apabila Nurul Balqish cuba berdalih. Tiba-tiba hati Nurul Balqish mendidih bagai dibakar di atas bara api.
“Terima kasih banyak-banyak. Saya pun sebenarnya tak harap pun nak berkawan dengan awak. Anyway, congratulation!!” luahnya sambil berlalu dari situ.
Panas betul hatinya. Macamlah kita yang terhegeh-hegeh mahu berkawan. Menyampah pula aku, keluh hatinya. Amirul Shafiq termangu. Aku salah cakap ke? Dia menggaru-garu kepalanya lagi. Alamak… tak sayang mulutlah kau ni, bisiknya. Dia mengejar semula Nurul Balqish.
I’m so sorry, Balqish. Saya tak bermaksud begitu. I’m sorry, please,” rayunya sambil berjalan beriringan. Nurul Balqish terus berjalan tanpa mempedulikannya. Hatinya benar-benar panas.
“Awak… tolonglah berhenti berjalan. Susahlah saya nak cakap,” luahnya dengan harapan Nurul Balqish mengerti. Kakinya berhenti melangkah.
“Saya rasa kita tak perlu bercerita panjang. Awak dengan jalan awak sendiri dan saya dengan jalan saya sendiri. Jadi tak perlulah nak bertekak. Saya cuma kenal awak semasa di kem latihan. Itu saja. Dan saya tak mahu ambil peduli siapa awak di kampus ini. Faham?” Nurul Balqish melihat wajahnya dengan perasaan marah dan geram. Dia melangkah pergi. Amirul Shafiq terdiam seketika membiarkan gadisnya berlalu pergi.
Sungguh... aku cinta padamu...
“Saya cuma mahu awak tahu… saya cintakan awak,” tiba-tiba bibirnya mengukir kata yang teramat indah untuk didengar. Tidak pernah terucap walaupun dia sering dikelilingi oleh ramai perempuan. Langkah Nurul Balqish terhenti seketika. Tanpa menoleh dia meneruskan langkah kakinya. Keliru. Benarkah apa yang didengarnya? Atau itu sekadar mainan kata-kata sahaja. Biarkan saja begitu. Dia malas mahu memikirkannya. Panas di hatinya belum lagi reda. Suka hati akulah nak jual mahal. Peduli apa. 
Amirul Shafiq tidak mampu menahan gelodak di hatinya. Sekurang-kurangnya dia telah meluahkan isi hatinya. Kini terpulang pada gadisnya untuk membuat keputusan. Yang pasti dia benar-benar mencintai gadis itu sepenuh hatinya....

.... alahai... sambung lagilah yer...  NOKTAH CINTA - HAFIZ

 Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

0 ulasan: