Khamis, 14 Jun 2012

Part 12:Terkenang Semasa Dulu..Hatiku..- III


Takkan pudar...
Setiap hari rabu petang kelas ko kurikulum akan diadakan. Setiap pelajar dikehendaki memilih satu kelas unit beruniform untuk dihadiri. Kelas telah lama dipenuhi dengan pelajar-pelajar junior. Tiba-tiba suasana menjadi riuh-rendah dengan kehadiran Amirul Shafiq. Dia hanya berseluar jean dan ber T-shirt putih ke kelas dan duduk di baris belakang sekali. Ada yang tersenyum-senyum memandang sambil berbisik-bisik kehairanan terutamanya pelajar-pelajar perempuan.
Sekujur tubuh berpakaian lengkap serba putih dengan kasut yang berkilat serta berberet dikepala masuk ke dalam kelas. Masing-masing senyap dan bersedia. Kebiasaannya tutorial akan diajar oleh pelajar-pelajar senior. Tanpa memandang ke kelas, dia mula menulis di papan putih tentang Asas-asas Pertolongan Cemas. Belum sempat dia bersuara, tiba-tiba matanya terpandang ke arah belakang di hujung kelas berdekatan dengan pintu. Amirul Shafiq melambai-lambai tangannya sambil tersenyum. Tidak semena-mena hatinya geram dengan gelagat lelaki itu. Menyampah dan meluat.
Hmm.. kena halau la pulak.. Bengangnya.
“Sebelum saya mulakan tutorial, saya minta pada sesiapa yang tidak berkenaan tolong tinggalkan kelas ini. Kalau tidak, anda akan dikenakan tindakan tatatertib kerana mengganggu perjalanan kelas. Saya akan bercakap sekali sahaja dan tiada ulangan,” tegasnya sambil memandang tepat ke arah Amirul Shafiq. Huh… garangnya. Tak bagi peluang langsung, rungut hatinya. Dia mengangkat bag sandangnya dan terus keluar dari situ. Bengang. Tapi dia terus berdiri di beranda kelas tidak jauh dari situ. Hampir setengah jam dia menunggu dan tidak lama kemudian seorang lagi komander beruniform lalu di hadapannya.
“Eh… kamu yang kena patuk ular semasa di kem latihan tempoh hari? Apa khabar? Sihat ke? Buat apa di sini?” Tanya Komander Zafrul bertalu-talu. Mereka berjabat tangan.
“Alhamdulillah, saya sihat. Terima kasihlah sebab tolong saya. Saya sebenarnya nak jumpa Nurul Balqish. Harap Tuan Zafrul tak kisah saya tunggu di sini,” jawabnya dengan penuh harapan. Komander Zafrul menganggukkan kepala.
“Tak mengapa. Sekejap lagi habis kelas bolehlah awak jumpa dia. Okeylah, saya mohon diri dulu. Selamat berjaya,” balasnya sambil berjabat tangan sekali lagi. Amirul Shafiq menyambutnya. Kenapa pula dia ucap selamat berjaya pada aku? Macam tahu-tahu saja aku ada masalah dengan Nurul Balqish.
Hampir-hampir tertidur dibuatnya kerana menunggu terlalu lama. Kelas telah lama bersurai. Tapi tidak kelihatan kelibat Nurul Balqish keluar dari kelas. Dia menuju ke kelas tadi. Gadis itu masih berada di dalam dengan seorang pelajar. Dia menunggu di pintu masuk sambil bersandar. Matanya melirik merenung gadisnya dengan penuh rasa kagum. Kagum melihat semangat dan kewibawaannya. Tegas dan yakin pada setiap pertanyaan yang diajukan. Sikapnya itu membuatkan dia rasa tercabar dan cuba sedaya-upaya untuk mengenalinya dengan apa cara sekalipun. Nurul Balqish sempat menoleh ke arahnya. Tidak lama kemudian pelajar itu pun beredar. Amirul Shafiq  melangkah perlahan-lahan mendekatinya. Kedengaran sayup keluhan gadis idamannya.
“Awak nak apa lagi daripada saya? Ada apa-apa lagi yang kurang jelas dan perlukah saya menjelaskannya semula?” keluhnya sambil mendongakkan kepala. Tinggi lelaki ini mungkin mencecah ketinggian seorang model. Dia cuma berada pada paras lehernya saja. Kalau pakai kasut tinggi mungkin baru sepadan dengan ketinggiannya.
Macam orang gila dibuatnya!!??
“Saya tunggu awak ditempat biasa awak lalu tapi awak lalu tempat lain. Saya cari awak di library, cafĂ©, dewan kuliah dan merata tempat. Tapi awak tak ada. Kenapa awak larikan diri daripada saya? Saya dah macam orang gila mencari awak ke sana ke mari,” rungutnya dengan nada kesal. Sayu sungguh sinar matanya. Bagaikan pungguk rindukan bulan.
“Kenapa awak sebarkan cerita yang bukan-bukan tentang kita? Kenapa awak beritahu semua orang yang kita ini pasangan kekasih? Semua kawan-kawan saya bertanya tentang kesahihan cerita itu. Saya malu. Mana saya nak letakkan muka saya ni? Semua orang pandang saya macam saya ni musuh mereka terutama kawan-kawan perempuan awak. Tolonglah jangan buat saya begini. Saya mohon sangat-sangat,” jelas Nurul Balqish.
Kelopak matanya menjadi merah. Dia menahan nafas sambil menyapu air matanya dengan jari. Amirul Shafiq bingung dengan penjelasannya. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Nurul Balqish. Mereka bertentangan mata.
“Mana ada saya sebarkan cerita? Saya tak cerita apa-apa pun. Kita belum pun berkawan. Bagaimana pula boleh jadi pasangan kekasih? Pelik sungguh. Ini mesti kerja Umar. Nak kena budak ni!!” dia mengetap bibirnya sambil membongkok dan meluruskan kedua tangannya di meja. Tapi gerak mata Amirul Shafiq menyatakan dia serius dan tidak berbohong. Nurul Balqish mengeluh lagi. Mukanya berkerut.
Malu itu separuh daripada IMAN...
“Saya rasa malu. Pihak atasan saya tanya. Komander Zafrul pun tanya. Saya tengah bengang ni sebab ini melibatkan maruah saya,” renungan matanya jelas menunjukkan kemarahan yang teramat sangat.
“Saya tak tahu apa-apa tentang kes ini. Bukan saya yang buat. Awak tak patut hukum saya. Saya tak bersalah pun,” rayunya. Terlalu banyak jurang yang memisahkan mereka. Terlalu banyak ketidak sefahaman. Hatinya sedikit terkilan.
“Kenapa susah sangat awak nak terima saya sebagai kawan? Teruk sangat ke saya ni? Jahat sangat ke sampai saya dituduh mencemarkan maruah awak?” bentaknya sambil berdiri memeluk tubuh. Matanya tidak pernah lepas dari memandang gadis itu. Jiwanya memberontak. Nurul Balqish menjeling.
“Saya tidak suka orang yang popular dan digilai oleh semua gadis. Saya tidak suka lelaki yang mudah jatuh cinta pada setiap wanita yang dia suka. Saya tidak suka lelaki yang suka memujuk rayu wanita dengan pemberian hadiah. Semua itu lakonan semata-mata. Selagi belum dapat apa yang dia mahu, selagi itu dia akan cuba sedaya-upaya untuk mendapatkannya,” tegas nada suaranya. Banyaknya yang dia tidak suka. Padanlah lelaki takut hendak dekat.
Jantungku berdegup kencang...
“Saya memang ramai kawan perempuan. Tapi bukan kekasih. Mereka yang minat pada saya. Saya nak buat macam mana. Kalau saya tolak, nanti orang kata saya sombong. Saya popular pun sebab keupayaan saya. Sama juga seperti awak. Awak pun ramai juga peminat lelaki. Tapi mereka takut nak dekat sebab awak tu sombong dan tidak peramah. Baru cakap nak berkawan, dah nak melenting. Tapi saya tahu, awak sebenarnya baik hati dan suka menolong orang yang di dalam kesusahan. Tidak lokek ilmu dan suka berkongsi pengalaman. Itu yang membuatkan saya kagum tentang awak,” luah Amirul Shafiq dengan panjang lebar. Pandai sungguh memujuk. Setelah dia hentam bertubi-tubi, barulah dipuji sampai tinggi melangit. Taktiknya sungguh menjadi. Nurul Balqish terkesima dengan kata-katanya.
“Beri saya masa untuk berfikir. Tolong jangan desak saya. Saya akan berikan jawaban,” nada suaranya kembali lembut.
“Baiklah. Awak ambillah sebanyak mana masa yang awak mahu. Saya akan tunggu. Tak kisahlah sama ada berita baik ataupun buruk, saya tetap terima. Tapi saya mahu awak tahu yang saya telah jatuh cinta dengan awak. Sumpah. Saya tak bohong. Saya tidak pernah lafazkannya pada mana-mana perempuan kecuali awak,” dia meluahkan segala-gala yang terbuku di dadanya. 
Kalau sudah ditakdirkan begini terpaksalah dia terima. Payah untuk meluahkan pedih dihati jika cintanya ditolak. Dia akan menanti walau seribu tahun lagi. Terdayakah kita menunggu. Entahlah... peritnya hati hanya Tuhan saja yang tahu.
Cintanya semerah sekuntum mawar..

well..well... next episode PLZZZZ... marilah kita bernyanyi  
HANYUT- FT.. 
Harus bagaimana lagi dan terus begini
Dengarkan aku
melihat kemataku
cukup sudah kau menghukum
salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
agar bisa pulih semua
Namun harus sampai bila kau kan diam
Seribu bahasa

Ch:
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu,
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu,
Bagaimana ku nanti,, bila tiada mengganti,
Yang ku ada hanya kamu saja...
Saat mata terpejam,
Hanya kau ku terbayang,
Menghapus semua segala resah di jiwaku...
Saat mata terbuka,
Kamulah yang pertama,
Tak mampu aku bayangkan hidup tanpa dirimu...

(Repeat Chorus)

Aku memang bersalah,
Selalu saja mengabaikan mu,
Dan tapi dah ku sedari segala perit kau lalui ku terlupa kau terluka,
Dan memang selalu aku bersalah, selalu saja mengabaikan meninggalkanmu,
Dan tetapi telah aku sedari segala perit yang kau lalui kerna diriku yang terus hanyut

2 ulasan:

MizzTina berkata...

♫♪ Terkenang semasa dulu hatiku merasa rindu
mungkinkah dapat bertemu padamu cahaya mataku ♪♫

Dee Z berkata...

@MizzTina jatuh cinta itu indah.. putus cinta itu perit... kena reject lagi pedih... solat istikharah dahulu sblm membuat pilihan...;))