Jumaat, 15 Jun 2012

Part 12:Terkenang Semasa Dulu..Hatiku..- IV

Terima kasihku...

Kuliahnya habis lambat pula hari ini. Kawan-kawannya semua sudah balik. Dia berjalan seorang diri menuruni anak-anak tangga. Panas terik hari ini menyebabkan dia keletihan. Semalaman dia tidak boleh tidur. Tidurnya sering terganggu sejak kebelakangan ini. Puas dia memikirkan tentang keputusan yang perlu diambil. Dia sendiri tidak tahu. Suka dan benci bercampur-baur. Dia bukan jenis yang suka bergaul dengan lelaki. Pergaulannya terbatas dan berdasarkan faktor belajar dan kerja sahaja. Tiada yang lain. Hatinya belum terbuka untuk berkasih. Dia lebih mengutamakan pelajaran daripada yang lain-lain. Kata orang kalau berpacaran semasa belajar dapat membakar semangat. Itu kata kawan-kawannya tapi tidak bagi dia.
Pengajiannya akan berakhir setahun lagi dan usianya memasuki 22 tahun. Usia yang sesuai untuk mencari pasangan hidup kata orang. Dia tidak mahu menjadi seperti kakak sebilik dengannya. Terlalu kuat belajar sehingga tiada masa untuk mencari pasangan. Akhirnya usianya memasuki usia andartu. Gerun juga memikirkannya. Betul juga kata Amirul Shafiq. Ramai yang minat padanya tapi disebabkan ketegasan dan kegarangan yang keterlaluan mereka menjadi takut untuk dekat. Dia mengeluh sendirian. Ya Allah, Kau berikan aku petunjuk supaya aku sentiasa berada dijalanMu. Kau kurniakan jalan yang terbaik untuk aku membuat keputusan. Aku tidak mahu menyakiti hati sesiapa. Dia mendirikan solat sunat malam untuk mendapatkan hidayah. Dan bertawakkal dengan ketentuanNya.
Pagi itu dia sibuk mengemaskini laporan tentang Kursus Latihan PBSM yang telah diadakan di kem Segamat minggu lepas. Laporan itu harus disiapkan secepat mungkin untuk dibuat semakan. Kedatangan Umar di bilik gerakan sungguh mengejutkannya. Puas Umar mencarinya satu fakulti tapi tidak bertemu. Dia kelihatan gugup apabila Nurul Balqish merenung tajam padanya.
Umar berdiri tegak di luar bilik gerakan. Dia berbaju kurung merah cair berbunga kecil dan bertudung merah hati terletak kemas di kepala. Hmm… comel juga budak ni. Padanlah Amirul Shafiq tangkap cintan habis. Tak pernah dia segila ini.
Ada apa Umar?” Tanya Nurul Balqish sambil bergerak keluar dari bilik gerakan. Pertanyaannya menyentak lamunan Umar.
love letter??!!
“Err… Ada surat daripada Prof. Latifah. Dia mahu awak gantikan Amirul Shafiq untuk pertandingan debat minggu depan,” jelas Umar sambil menyerahkan surat itu. Nurul Balqish mengerut dahi sambil membuka surat yang diberikan. Dia membaca isi kandungan surat itu dengan teliti.
“Kenapa dengan Amirul Shafiq? Dia tak sihat ke?” Tanya Nurul Balqish lagi sambil menyimpan semula surat itu ke dalam sampulnya.
“Err… Dia kemalangan semalam. Motornya berlanggar dengan kereta,” jawab Umar dengan nada sedih. Nurul Balqish terkejut mendengar berita itu.
“Teruk ke? Dia di mana sekarang?” tanyanya lagi kerisauan.
“Dia di hospital. Tangan dan kakinya patah. Teruk jugalah keadaannya. Awak tengoklah sendiri. Doktor kata 50-50,” jelas Umar lagi. Dia kelihatan sugul. Wajahnya tertunduk. Nurul Balqish beristighfar di dalam hati. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini. Berikan aku kesempatan untuk memohon maaf padanya.
“Petang ni saya nak melawat Amirul. Kalau nak ikut, bolehlah saya tumpangkan,” pelawa Umar apabila dia melihat wajah Nurul Balqish berubah.
“Err… tak menyusahkan ke? Awak pergi naik apa? Saya tak mahu naik motor,” balasnya kerisauan. Umar tersenyum.
“Eh.. Takkan saya nak bawa Nurul naik motor. Nanti marah pula Amirul tu. Saya pinjam kereta kawan. Awak tunggu di kolej. Saya akan jemput dalam pukul 3 petang,” jelasnya lagi. Nurul Balqish menguntum senyuman sambil menganggukkan kepala.
@@@@@@@@@@@
Sejak hari itu, telah hampir dua minggu dia tidak mendengar khabar berita daripadanya. Tiada lagi bisikan-bisikan yang menyapanya setiap kali ke kelas. Tiada lagi pertanyaan yang mengganggunya setiap kali bertembung dengan kawan-kawan. Segala-galanya telah diselesaikan dengan permohonan maaf daripada Umar. Dia tidak menyangka perkara ini boleh mengganggu perjalanan hidup seharian walaupun niatnya sekadar untuk menolong. Terpaksa dia menerangkan perkara sebenar yang dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan lelaki itu. Hatinya kembali tenang tanpa gangguan.
Tapi hari ini dia rasa tidak keruan. Gelisah dan resah menghantui dirinya. Kenapa tiba-tiba hatinya tidak tentu arah? Kenapa hatinya berasa sedih apabila mendapat tahu lelaki itu kemalangan? Kejamkah dirinya membiarkan pertanyaan tanpa sebarang jawaban? Sempatkah dia memohon maaf di atas segala kesalahannya? Mahukah dia memaafkan aku? Apa yang harus aku lakukan? Air matanya hampir menitis tapi dia sempat menyapunya dengan tisu. Dia memalingkan muka ke tingkap. Segan kalau-kalau dilihat oleh Umar.
Habis semua patah termasuk hati..
Umar memberhentikan keretanya. Mereka telah sampai ke destinasi yang mahu dituju. Suasana di dalam hospital senyap-sunyi. Terkadang kedengaran bunyi TV dan radio berkumandang di bilik rehat pesakit. Umar menunjukkan wad Amirul Shafiq dihujung sana. Dia berada dalam bilik khas. Perlahan-lahan Umar membuka pintu bilik dan membiarkan Nurul Balqish masuk dahulu.
Terdapat tiga orang tetamu ketika itu. Umar tersengih-sengih melihat kawan-kawannya dan menyuruh mereka beredar dengan menggunakan isyarat tangan. Nurul Balqish terdiam melihat keadaan Amirul Shafiq. Tangan kirinya dan kaki kanannya berbalut dengan simen. Lehernya dipakaikan sarung plastic untuk mengurangkan gerakan. Dia diberi bantuan pernafasan dan kedengaran mesin bantuan hayatnya berbunyi perlahan.
Umar termenung melihat Nurul Balqish tiba-tiba sayu. Dia dapat mengagak Nurul Balqish menangis tadi disebabkan matanya yang merah. Kasihan pula dia melihat keadaannya begitu. Nurul Balqish menghampiri katil pesakit. Dia membetul-betulkan selimut dan baju Amirul Shafiq. Kaki dan tangan yang bersimen pun dibelek dan dikemaskan kedudukannya. Wajahnya ditatap dengan penuh rasa kesal. Kesalan yang tidak terhingga. Jawaban apakah yang harus aku berikan? Dia menyapu air mata yang menitis di pipinya.
Maafkan daku...
“Maafkan saya kerana membiarkan awak tertunggu-tunggu. Saya benar-benar kesal. Sebenarnya saya bercadang untuk berjumpa awak hari ini untuk memberikan jawaban. Tapi tak sangka begini pula jadinya,” suaranya tersekat-sekat. Dia mencari kekuatan untuk bersuara.
 “Walaupun mata awak terpejam lena, saya harap awak dapat dengar apa yang akan saya katakan ini. Saya telah terima awak sebagai kawan. Dan saya akan cuba untuk terima cinta awak. Saya tak berniat membiarkan awak tertunggu-tunggu. Harap awak dapat maafkan saya. Saya doakan awak cepat sembuh dan sihat seperti sediakala,” jelasnya tersedu-sedu. Hatinya berasa sayu. Matanya terpejam menahan sedih. Tiba-tiba terasa jarinya disentuh lembut. Dia menarik tangannya dan membuka mata.
“Awak.. saya belum mati lagi. Saya masih hidup dan boleh mendengar setiap tutur kata awak. Cuba tengok,” celah Amirul Shafiq sambil membuka alat pernafasan dan pembalut plastik di lehernya. Dia duduk dan kakinya diturunkan ke birai katil. Nurul Balqish terkedu. Matanya tidak berkedip melihat Amirul Shafiq. Dia berundur ke belakang. Patutkah dia melemparkan senyuman atau membaling apa-apa benda yang berada di sisinya? Dia tidak sangka yang dirinya dipermainkan sekali lagi.
“Iiiiee…Awak ni dah melampau. Awak tipu saya. Saya sangka awak betul-betul kritikal,” dia menyapu air matanya. Geram dan marah bercampur-baur. Dia mencapai bantal di belakang Amirul Shafiq. Lantas dipukulnya dari belakang bertalu-talu di badan dan kepalanya. Amirul Shafiq cuba menepis. Umar cuba menahan ketawa sambil memerhatikan gelagat mereka berdua.
saya sayang awak...
“Saya tak tipu awak. Betul saya kemalangan. Tangan dan kaki saya retak sikit. Dahlah tu... Aduhhh… sakitlah. Cuba bawa bertenang,” jelasnya cuba menenangkan keadaan.
This is not funny, Amirul Shafiq. Perkara begini pun awak boleh buat main-main. Saya tengah geram dengan awak sekarang ini,” bentaknya. Geram sungguh Nurul Balqish. Rasanya macam hendak ditelan saja hidup-hidup.
“Okey… okey. I’m sorry. Lain kali tak buat lagi. Promise,” dia memegang telinganya sambil memandang Nurul Balqish untuk menarik simpati.
Bantal tadi diletakkan semula di atas katil. Dia berpaling ke arah Umar. Umar terkaku di situ. Seperti pelatih yang buat salah sedang menanti hukuman. Nurul Balqish melangkah keluar dari bilik. Tiga orang sama ditemui didalam tadi masih lagi tercegat diluar. Mungkin mereka pun berpakat untuk mengenakan dia. Amirul Shafiq terkial-kial turun dari katil.
“Tunggu dulu, Balqish. Jangan pergi dulu,” dia cuba mengejar Nurul Balqish. Kelibat gadis itu semakin jauh. Dia tidak mampu mengejarnya dalam keadaan begini. Salah lagi. Dia mengeluh. Tapi dia puas hati kerana dia telah mengetahui jawaban yang diidam-idamkan. Sekarang pula masa untuk memujuk pula. Pening dibuatnya. Ini semua idea Umar. Menyesal aku terima. Sudah nasib badan.
 hahaha... sambung lagi der.... i benci tapi cinta = BENCINTA

Faizal Tahir - Bencinta

Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu

2 ulasan:

MizzTina berkata...

sy teringt satu citer..mcm ni la..pura² kritikal sbb pempuan.. hahaha..

Dee Z berkata...

@MizzTina ada ke yang buat gitu... sewel kan??!!