Khamis, 21 Jun 2012

Part 12: Terkenang Semasa Dulu..Hatiku..-V

Faham-fahamlah...

Kelam-kabut dibuatnya apabila Profesor Latifah mendapat tahu Amirul Shafiq mengalami kecelakaan jalanraya. Dia risau kerana pertandingan debat inter-universiti akan berlangsung minggu depan. Nurul Balqish telah dipanggil bagi menggantikan tempatnya. Segalanya berjalan lancar dan baik. Mereka begitu professional mengadakan perbincangan tanpa sebarang pertelingkahan tentang urusan peribadi. Professor Latifah amat berbangga kerana memiliki sepasang intan dan permata yang bergemerlapan dan dia merasa peluang yang cerah untuk memenangi pertandingan itu. Hasilnya mereka membawa kemenangan yang diimpi-impikan.
Dia mengetuk pintu bilik Profesor Latifah lalu membukanya. Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat si jantung hatinya berada di situ. Nurul Balqish menoleh dan terkedu. Dengan pantas dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Amirul Shafiq memberi salam dan dia menjawab perlahan. Matanya melilau mencari Professor Latifah tetapi dia tiada di dalam bilik. Dia duduk di kerusi bersebelahan dengan Nurul Balqish.
How do i look like?
Wajah sisi Nurul Balqish ditatap sepuas-puasnya. Terasa rindu untuk melihat wajah itu serta mendengar suaranya. Gadis itu masih diam tidak bersuara walau sepatah pun. Apa yang sedang difikirkan agaknya? Terlalu sukar untuk ditafsirkan apa yang tersirat di hatinya. Terasa begitu payah untuk mengambil hati gadisnya. Semua yang dia lakukan serba tidak kena di matanya. Dia benar-benar buntu. Rajuknya masih belum reda lagi.
“Tahniah,” ujar Amirul Shafiq perlahan.
“Terima kasih,” balasnya pendek. 
Masing-masing teringin untuk bertanya khabar tapi dipendamkan sahaja. Nurul Balqish mencuri-curi pandang keadaannya. Balutan tangan dan kakinya telah dibuka. Kesan parut pada sikunya masih ada.
Professor Latifah muncul di balik pintu dan tersenyum lebar melihat pasangan ini. Angin yang bertiup kencang tentang hubungan mereka berdua sampai juga ke pengetahuannya. Baginya, mereka sepadan dan serasi. Cuma masing-masing ego dan tidak mahu mengalah.
“Okey. Semuanya telah selesai. Tahniah saya ucapkan kepada Nurul Balqish kerana berjaya membawa pulang piala pusingan. Saya juga nak ucapkan terima kasih juga pada Amirul Shafiq sebagai penasihat. Kita akan adakan jamuan bagi meraikan kemenangan minggu depan. Kamu berdua dimestikan hadir. Saya harap kamu berdua berbaik-baiklah. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jangan gaduh lama-lama. Nanti cepat bosan. Yang penting kita mesti fokus pada pelajaran, bertolak-ansur dan percaya pada pasangan masing-masing,”jelas Professor Latifah sambil meluahkan pandangannya.
Amirul Shafiq dan Nurul Balqish berpandangan. Masing-masing tersenyum. Mereka meminta diri untuk beredar dan berjalan keluar beriringan. 
“Awak sihat?” Tanya Nurul Balqish memecah kesunyian. Amirul Shafiq menoleh.
“Sihat. Tangan dan kaki sudah beransur sembuh,” balas Amirul Shafiq. Sejuk hatinya mendengar pertanyaan Nurul Balqish. Terasa juga ada orang yang ambil berat tentangnya. Lebih-lebih lagi kekasih hati. Lagilah suka.
take it...
“Awak marah saya lagi ke?” gusar hatinya.
“Tak adalah. Saya sudah lupakan tentang perkara itu,” jawab Nurul Balqish. Dia ingin melupakan kisah itu walaupun kadang-kala tergelak juga kalau teringat kembali.
“Kita minum dulu di café boleh tak? Saya laparlah. Dari tadi tak makan,” kata Amirul Shafiq. Nurul Balqish mengiyakan sahaja. Mereka menuju ke café yang berdekatan.
Semua mata tertumpu pada mereka berdua. Ada yang berbisik-bisik. Ada juga yang menjeling. Tidak kurang yang ketawa. Nurul Balqish berasa tidak sedap hati. Dia menarik beg sandang Amirul Shafiq dan Amirul Shafiq menoleh.
“Kenapa?” Tanya Amirul Shafiq apabila melihat Nurul Balqish kegelisahan.
“Saya rasa tak selesalah makan di sini. Semua orang pandang kita,” luahnya sambil memandang Amirul Shafiq.
“Biarlah mereka. Buat tak tahu jer,” jelas Amirul Shafiq sambil duduk di satu sudut di hujung café terlindung daripada orang ramai. Amirul Shafiq memesan nasi goreng pattaya dan Nescafe O’. Sementara Nurul Balqish hanya memesan teh tarik saja.
“Awak tak nak makan ke? Hari ini saya belanja,” kata Amirul Shafiq sambil duduk. Mereka duduk berhadapan di antara satu sama lain.
“Tak apalah. Saya baru lepas makan. Masih kenyang lagi,” balas Nurul Balqish. Dia membetul-betulkan tudungnya yang terlipat di kepalanya.
Boleh tak letak gambar ni??!!
Amirul Shafiq hanya memerhatikan wajahnya yang ayu dengan bertudung bawal berwarna kuning keemasan. Sesuai dengan wajahnya yang bujur sireh. Pada raut wajahnya terpancar kejernihan cahaya. Putih dan mulus kulitnya. Bibirnya bak delima merkah. Tiada secalit solekan pun pada wajahnya. Kecantikan yang asli. Memandangnya terasa hati tenteram.  Jarang dia temui gadis yang sebegini. Nurul Balqish terperasan lalu menegurnya.
“Jangan pandang saya macam tu, boleh tak?” sergahnya. Amirul Shafiq tersentak lalu mengalihkan pandangannya. Baru tengok sikit sudah kena marah. Hmm.. dah nasib badan dapat makwe garang. Alah... Sekeras-keras kerak nasi kalau dicampur air lembut juga akhirnya. Rungut hatinya.
Makanan yang dipesan sudah sampai dan tanpa berlengah Amirul Shafiq menyuap makanan ke dalam mulutnya. Perutnya terasa sangat lapar. Dengan lahapnya dia menjamah nasi ke dalam mulutnya. Nurul Balqish termenung melihat Amirul Shafiq makan dengan pantas dan laju seperti tidak makan nasi berhari-hari. Cengkung sikit mukanya. Matanya kelihatan letih mungkin kerana tidak cukup rehat. Hatinya beransur lembut untuk menerima kehadiran lelaki ini. Walaupun terasa kekok tapi setiap perlakuannya terbatas. Tidak seperti kawan-kawan perempuannya yang lain. Dia mempunyai prinsipnya tersendiri dan tidak sesiapa pun boleh sesuka hati mengatur hidupnya selagi tiada ikatan yang sah. Mata mereka bertentangan.
“Awak pandang saya, boleh. Saya pandang awak, awak marah!” rungutnya. Nurul Balqish mengukir senyuman. Aduh… Manisnya. Cair hatiku. Nak marah pun tak jadi, bisik hati Amirul Shafiq.
“Makan tu perlahan-lahan. Dah baca doa makan ke belum?” balas Nurul Balqish. Amirul Shafiq tersedak lalu terbatuk-batuk. Air Nescafe di sisinya diteguk perlahan. Nurul Balqish menggeleng-gelengkan kepala.
“Terlupa pula,” sengihnya sambil mengangkat tangan lalu membaca doa.
Tidak semena-mena datang seorang perempuan menghampiri Amirul Shafiq lalu duduk bersebelahan dengannya. Rambutnya terurai lurus dan solekannya ala-ala model. Amirul Shafiq terkejut cuba menjauhkan diri dengan mengesot ke dinding. Bahunya dipaut dan badannya dilentokkan ke sisi lengan Amirul Shafiq.
“Hai Amirul!!! I dengar you kemalangan. Ohh… Tangan dan kaki you dah elok ke? Kasihannya. Anyway, you buat apa di sini?” jeritnya.
Hmmm...
Aduhh… mati aku macam ni. Macam mana dia boleh ada di sini!!?? Bentak hati kecilnya. Amirul Shafiq melihat sorotan mata Nurul Balqish memandang perempuan itu dengan penuh rasa curiga. Amirul Shafiq mengalihkan tangannya dan cuba mengelakkan diri daripada terlalu rapat. Dia berasa cemas apabila Nurul Balqish mula menarik muka. Lantas dia memperkenalkan rakannya itu pada Nurul Balqish.
“Err… kenalkan, ini Farah classmate saya. Farah kenalkan Nurul Balqish,” jelas Amirul Shafiq. Farah menghulurkan tangan dan berjabat tangan.
“Diakah gadis yang you gilakan sangat tu!!?? Hmm.. Not bad. Tapi you kena hati-hati sikit dengan dia ni sebab dia ni buaya. Sekali dia ngap… habis you,” luahnya sambil ketawa memandang Nurul Balqish. Nurul Balqish terkedu. Amirul Shafiq pula bengang mendengar celoteh Farah.
“Mulut you ni macam longkanglah Farah. Hormat orang sikitlah kalau nak bercakap. Asyik sedap mulut saja. Sudahlah datang tak bagi salam!!,” bentak Amirul Shafiq bengang. Farah ketawa lagi.
“Ohh… marah nampaknya. Janganlah marah nanti kena jual. I datang ni nak tanya khabar. Sorrylah… tak dapat melawat you di hospital. I sibuklah dengan assignment yang melambak-lambak,” ujar Farah.
By the way, kalau Nurul nak tahu.. I ni x-girlfriend Amirul. I tinggalkan dia sebab I rasa tak serasi. Walaupun dia ni handsome tapi tak sesuai dengan I,” luah Farah sambil menanti reaksi Amirul Shafiq. Bertambah naik darahnya.
You ni dah melampaulah Farah. You jangan buat cerita yang bukan-bukan, boleh tak? We just friend not more than that. You cemburukah I pilih orang lain?” sergah Amirul Shafiq dengan muka yang merah padam. Nada suaranya mula meninggi.
I’m jeolous??!! Ohh… please. Tak ada masa I nak cemburu. Banyak lagi lelaki lain yang mahukan I. Petik jari jer… sepuluh yang datang tau!!” ujarnya sambil memetik jari.
“Kalau sepuluh yang datang tu, tua-tua ganyut buat apa tau!!!” ejek Amirul Shafiq dengan gaya P Ramlee. Farah mencubit bahunya sekuat hati. Amirul Shafiq mengaduh kesakitan. Dia menggosok-gosok lengan bajunya. Farah bingkas bangun lalu menyapa Nurul Balqish lagi.
“Jangan marah, Nurul. I cuma bergurau jer. Kita jumpa lain kali. Kelas I dah nak mula. So, take care,” ujarnya sambil bergegas berlari-lari anak ke kelas.
Habis punah segala-galanya. Apa agaknya tanggapan Nurul Balqish terhadapnya? Pasti dia sedang fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Nurul Balqish mengetap bibir. Diam seribu bahasa. Dia menghirup minumannya sampai habis.
“Awak jangan percaya kata-kata Farah tadi. Dia suka bergurau. Kawan-kawan saya semuanya begitu,” jelasnya sambil merenung mata Nurul Balqish. Nurul Balqish mengalihkan pandangan sambil menghela nafas yang panjang. Tidak banyak yang dia tahu tentang kisah peribadi lelaki ini. Baginya dia akan terima sesiapa sahaja seadanya. Kisah silamnya telah berlalu.
So in LOVE..
“Apa yang awak sedang fikirkan? Saya risau kalau awak diam. Ini baru satu percubaan orang kata yang bukan-bukan tentang saya. Awak kena percaya saya. Fikiran saya jadi tak tentu arah apabila memikirkan awak. Kemalangan hari itu pun sebab saya kurang tumpuan semasa menunggang motorsikal lalu bertembung dengan kereta. Mujur nyawa saya panjang. Saya benar-benar sayangkan awak. Entahlah.. sejak saya jumpa awak, saya rasa jiwa yang kosong ini telah terisi. Saya rasa bahagia apabila awak sudi menerima saya,” luah Amirul Shafiq. Nurul Balqish terpana mendengar kata-kata itu. Benar. Dia tidak dapat menolak kehadirannya. Yang pasti cintanya sedang berputik.
“Awak tak perlu risau. Jodoh pertemuan ajal dan maut di tangan Tuhan. Kita merancang dan Tuhan jua yang menentukan. Kalau dah jodoh tak ke mana. Kita mesti saling percaya mempercayai antara satu sama lain,” balasnya lembut.
Masih jauh lagi perjalanan yang harus ditempoh. Masih dalam kesamaran. Mereka cuba untuk mencari keserasian. Bertolak ansur dan saling mempercayai. 

Hmmm... tengah mencari lagu yang sesuai... 
bersambung... aduh pening juga nih...

0 ulasan: