Khamis, 7 Jun 2012

Part 12: Terkenang Semasa Dulu…Hatiku.. :I


Kalau dapat ku putar semula...
Kata orang kenang daku dalam doamu. Kata mulut, kenang selagi ada yang ingin dikenang. Takut kelak tiada yang ingin mengenangkannya kembali. Kata fikiran, hanya tinggal kenang-kenangan dan tidak mungkin berulang lagi. Kata hati, kenanglah yang indah-indah. Jangan dikenang kisah yang duka. Setiap langkah kaki ini dijejaki ke mana jua perginya. Menuruti naluri hati yang membuak-buak membakar semangat untuk menagih kejayaan. Hatinya berdetik mengimbau kembali kenangan lalu. Betapa indahnya. Tiada duka. Tiada lara. Semuanya tersimpan rapi dilubuk jiwanya. Andai dapat diputar semula masa itu. Pasti dirinya yang paling bahagia.
            Mereka berlari-larian melaporkan diri. Termengah-mengah dibuatnya. Komander Zafrul berdiri dalam keadaan bersedia. Serius. Dia menatap satu persatu wajah mereka. Terasa kecut perut. Pasti ada hukuman yang bakal menyusul.
            “Kenapa kamu lambat?” Tanya Komander Zafrul sambil bercekak pinggang. Masing-masing membatu.
            “Amirul, kenapa kamu lambat?” Komander Zafrul bertanya lagi. Tinggi nada suaranya. Dengan penuh keyakinan dia menjawab.
            “Saya sakit perut, tuan. Jadi saya pergi melabur dulu, tuan,” jelasnya. Komander Zafrul melangkah ke sebelahnya pula.
            “Kamu Umar? Kenapa lambat?” selagi lagi dia bertanya soalan yang sama. Macam pesalah pula dibuatnya. Umar gugup.
            “Saya tunggu Amirul, tuan. Takut apa-apa terjadi pada dia. Kasihan dia, tuan,” jawabnya terketar-ketar. Komander Zafrul berdiri tegak di hadapan kedua-dua pelatih itu.
            “Saya tak suka pada orang yang lambat. Saya tak suka pada alasan dan saya cukup pantang kalau ada yang masih dalam keadaan belum bersedia.,” tegasnya.
“Tekan tubi 50 kali. Lekas buat. Jangan terhegeh-hegeh lagi,” jeritnya sepelaung boleh dengar.
Mereka bergegas menurut perintah yang dikenakan. Dalam hati menyumpah-nyumpah kerana alasan mereka berikan tidak diterima. Setelah selesai menjalani hukuman, mereka meneruskan tugasan merentas hutan secara berkumpulan. Umar merungut tangannya sakit. Merah buku limanya.
“Tak pasal-pasal kena denda. Naik kematu buku lima aku ni,” rungut Umar sambil menghembus tangannya.
“Bengang betul aku. Bukannya kita buat salah pun. Tiba-tiba perut aku memulas. Nak buat macam mana? Tak patut betullah komander tu,” balasnya sambil berlari-lari anak menyusuri jalan kecil yang dipenuhi dengan semak samun. Pokok hutan yang tinggi melampai dan ranting-ranting berselerakan di tanah akibat angin yang bertiup kencang kelmarin.
“Kita nak ke mana ni? Kawan-kawan kita semua dah ke depan. Nanti tersesat pula,” Umar merungut sambil meraup muka dengan tangannya. Peluh menitik membasahi pipi. Dia masih berdiam diri. Lantas berhenti berehat seketika di sebatang pokok. Termengah-mengah keletihan.
“Kita rehat dululah, Umar. Perut aku masih sakitlah,” ujarnya sambil menggosok-gosok perutnya. Entah makanan apa yang dimakannya sehingga sakit. Orang lain pun makan makanan yang sama juga tapi tidak pula sakit perut.  Dia duduk bertenggong di akar pokok kayu. Umar menggeleng-gelengkan kepala.
“Okey, kau berehatlah. Aku nak tengok anak sungai tu sekejap,” balas Umar sambil meranduk semak samun yang setinggi pahanya. Umar membasahi mukanya dengan air sungai yang jernih dan tidak dicemari lagi. Dia membasuh tangannya. Tiba-tiba dia terdengar jeritan lalu bergegas berlari ke arah suara itu. Umar panik.
“Kenapa Amirul?” Tanya Umar sambil memegang bahu. Dia mengerang kesakitan.
panahan mata lagi berbisa dari ular...
“Aku dipatuk ular, Umar,” jelasnya sambil mengerang kesakitan.
Dia menunjukkan kesan gigitan dikakinya. Kebetulan seorang komander sedang membuat rondaan di situ. Umar memaklumkan kepada komander berkenaan tentang kejadian yang menimpa mereka. Sepantas kilat dia memotong akar daun yang berselirat di sekitar kawasan itu dan diikatkan pada betisnya dengan tujuan untuk menyekat bisa ular itu daripada merebak ke seluruh badan. Dia mengambil pisau dan mengoyakkan sedikit seluar mangsa. Kemudian menyedut keluar bisa ular itu berulang kali. Setelah melihat mangsa dalam keadaan selamat dia bergegas ke anak sungai untuk berkumur-kumur.
“Lekas bawa dia ke kem. Kita kena bawa ke hospital secepat mungkin. Kalau tidak nyawanya dalam bahaya,” ujar komander yang berwajah bujur sireh itu. Umar memaut bahunya dan bergerak menuju ke kem.
########################

Matanya terpejam lena dibuai mimpi bertemu bidadari yang mengubat luka di kakinya. Alangkah indahnya apabila wajah itu merenungnya dengan kuntuman senyuman dibibirnya. Semakin lama dia merenung wajah itu semakin dekat rasa dirinya. Seolah-olah ada daya tarikan magnet yang menggerakkan mereka berdua. Perlahan-lahan dia ditarik dan lama-kelamaan wajah yang diimpikan itu berubah menjadi sang ular yang sedang marah dan kelaparan. Dia membuka mulutnya seluas-luasnya dan ingin menelannya. Dia menjerit sekuat-kuat hati meminta tolong.
Mimpi rupanya...
“Tolong… tolong… jangan makan aku,” jeritnya sekuat hati. Dia memejamkan mata. Terasa bahunya digoyang-goyang dan namanya dipanggil. Dia membuka mata dan kelihatan Umar di sisinya. Komander Zafrul dan komander bujur sireh pun ada di situ. Siapa namanya? Dia melihat tanda nama pada baju uniformnya. Hmmm… manis nama itu. Semanis tuannya.
“Hish… siang-siang buta pun mimpi. Siapa yang nak makan kau? Malulah sikit dengan komander ni,” bebel Umar padanya. Dia tersipu-sipu malu. Mereka ketawa.
“Doktor kata keadaan kamu tidak membahayakan. Mujur hampir semua racun ular tu dapat dikeluarkan dahulu sebelum ke hospital. Kalau tak ada apa-apa mungkin esok kamu boleh keluar dari hospital. Saya sudah maklumkan pada pihak kolej dan ibu bapa kamu. Jadi kamu tidak perlu bimbang. Semuanya selamat,” jelas Komander Zafrul sambil berjabat tangan.
“Saya ucapkan terima kasihlah pada komander yang telah menyelamatkan nyawa saya. Kalau tidak saya dah jadi arwah agaknya,” ucapnya sambil memandang komander bujur sireh itu. Dia cuma tersenyum.
“Saya hanya menjalankan tugas. Tanggungjawab saya adalah menyelamatkan nyawa. Jadi telah menjadi tanggungjawab saya kalau ada pelatih-pelatih yang memerlukan pertolongan,” balasnya sambil menguntum senyuman. Bahagianya rasa dijiwa kerana wajah itu tidak bertukar manjadi ular seperti di dalam mimpinya tadi.
“Hish… engkau ni kenapa tersenyum-senyum? Malulah sikit dengan komander-komander kita ni. Nasib baik Komander Balqish yang tolong. Sejuk sikit hati,” Umar mengusik. Bahunya ditampar daripada belakang. Umar menoleh sambil mencemik muka.
“Apa ni pukul-pukul aku? Nasib baik aku ada. Kalau tak aku dan Komander Balqish yang tolong mungkin tak tahu apa yang akan terjadi. Macam mana aku nak menjawab dengan ibu bapa kau?” rungutnya.
“Sudahlah tu. Semua sudah selamat. Tak perlu gaduh-gaduh. Kita panjatkan kesyukuran pada Allah. Kalau tak ada apa-apa, kami beredar dulu,” Komander Zafrul cuba mencelah. Mereka berlalu keluar dari wad. Sorotan matanya tidak berkedip-kedip melihat wajah yang ayu itu.
Kenapa dengan aku ni???
“Umar, kau boleh dapatkan aku no hp komander tu tak?” dia bertanya sambil tersengih. “Aku rasa aku dah jatuh cinta,” sambungnya lagi sambil memegang tangan Umar. Umar menepis.
“Kau mintalah sendiri. Kalau aku yang minta, akulah yang dapat. Melepaslah kau,” Umar ketawa berdekah-dekah. Dia memukul kepala Umar bertalu-talu. Geram. Tiba-tiba suasana menjadi sunyi. Mereka berdua terkejut melihat kehadiran si bujur sireh.
“Err… maafkan saya. Saya tertinggal fail tadi. Boleh saya ambil?,” suaranya sungguh halus dan lembut. Mereka terkesima dan terpesona seketika. Tiada sepatah perkataan yang lahir dari mulut mereka. Umar memandangnya sambil berkata,”Err.. boleh. Silakanlah. Fail yang ini ke?” Umar menghulurkan fail kepadanya.
“Ya. Terima kasih,” balasnya.
“Err.. Puan, boleh kami dapatkan contact no puan. Manalah tahu kalau ada emergency boleh Si Amirul ni contact puan,” ujar Umar sambil tersengih-sengih.
“Err… maaf. Saya tak ada contact no. Kalau ada apa-apa sila hubungi Komander Zafrul. Ini nombornya. Saya minta diri dulu,” dia tersenyum sambil memegang fail dan berlalu pergi. Umar hanya menggeleng-geleng sambil ketawa.
Tipu... Bohong...
“Nah nombornya… kau contact jer nombor ni. Yang kau diam tu kenapa? Dah bisu? Tak boleh nak bercakap dah. Apalah kau ni?” Umar masih lagi ketawa. Memang dia berasa gugup. Entah kenapa jantungnya berdegup kuat. Dia tidak pernah mengalami perasaan yang sebegini. Apakah petandanya dia telah jatuh cinta? Tidurnya dibuai angan lagi. Tiada lagi jelmaan ular yang menakutkan. Yang tinggal hanya sang puteri dari kayangan.

Sambung lagi derrr.... Jatuh Cinta Lagi...

Pertamaku melihatmu bergetar rasa hatiku
Berdebar-debar jantungku mungkin ku suka padamu
Ketika ku melihatnya berdetak-detak di dada
Mungkin itu suatu pertanda bahwa ku suka padanya

Dia atau dia, ku pilih yang mana
Aku pusing untuk memilihnya

Jatuh cinta lagi
Lagi-lagi ku jatuh cinta
Aku jatuh cinta kepada setiap wanita
Jatuh cinta lagi
Lagi-lagi ku jatuh cinta
Harus bagaimana ku ingin memikirkannya
Layaknya seorang pria ku coba untuk setia
Mencintai satu wanita tetapi aku tak bisa
Dia atau dia, yang harus ku cinta
Aku pusing untuk memilihnya

Dia atau dia, ku pilih yang mana
Aku pusing untuk memilihnya

0 ulasan: